Pages

Saturday, August 8, 2020

Jalan-jalan sekitar Teluk Intan dan Pulau Bangau

Plan ayah nak kat Mastan Gani tak tercapai sebab tutup hari Jumaat.
So kita makan kat gerai2 tepi menara je.

Sebelum tu dah beli tiket nak ke river cruise.

Tak tau style apa.. ibu follow instruction je.. lepas tu kata ibu tak pandai hahahaaa. Mana lah ibu nak tau style2 instafamous ambik gambar.

Panas lit-lit.

Makan kat gerai tapi taste biasa-biasa.. takde yang wow pun.
Gado2 rasa tawar plak tepung tu... popiah errrmmm... tak best.. cendol pelik dan sate agak kering.
Cepat2 beredar sebab ramai plak foreigner makan kat situ.. really tak selesa. Sementelah lagi bila pikir covid kluster Sivaganga yang menjadi superspreader ni.

Haaaaa... yang ni penyelamat.. beli kat tepi bangunan. Ingat nak beli musang king tapi takde... yang ni pohlai king kot.... entah.. bunyi macam tu.. kalau seller kata spider king pun ibu bukan tau.
sekilo RM25... ambik paling kecik.. RM44
Makan puas sangat.. setiap ruas penuh dan padat. Manis2 dan lemak, pahit di hujung. Durian pun baru.. tengok kat tangkai tu.. masih basah dan hijau.

Lepas kejadian beli laptop Kawi, terus bergegas ke jeti tepi sungai. Ngam-ngam sampai.

Kami ambik Rivewr Cruise Pakej A. So 3 orang bayar RM50
Slot kami dalam jam 6.30 pm.

Kaunter tiket. Yang jaga dan tourist guide tu nama Syafiq.


Bersama geng mak2. sebelah ibu tu besan Muzaffir, jiran Jalan Rebung.

Bagus penerangan tourist guide ni.

Burung2 bangau pelbagai spesis.

Bot stop tepi tu je tak boleh naik pun atas pulau bangau ni.
Ibu dok imagine biawak atau ular naik atas bot je huhu

Ada lebih 30 ribu ekor burung bangau atau yang spesis dengan nya.
Memang banyak. Puas hati tengok. Masa kami sampai tu sedang elok burung-burung ni baru balik ke sarang dari cari makanan.

Senja di Sungai Perak.
Cantik sangat.
Nampak tak sekawan burung yang baru balik.

Pulau Bangau ni ada potensi jadi eko-tourism yang popular pada masa akan datang.

Ini bunga keladi buncit.
Cantik sangat.. ada bentuk paruh burung tapi hanya bertahan dalam 10 minit je lepas tu layu.

Matahari dah hampir terbenam di ufuk barat.

Picture tak rotate.. belasah je.

Ada 2 opeartor river cruise.
Satu lagi opeartor chinese.. yang tu ada pakej tengok kelip-kelip.

Habis tour, kami makan kat restoren terapung sebelah jeti cruise.
Cuma order nasi goreng kampung untuk Wafi dan ibu ayah share sup kambing je.

Ok.. dah petang... nak balik dah.
Bye2 Teluk Intan.
Jumpa lagi.

Selit sini je... makan kat Restoren Lembah Bernam.
Ikan puyu goreng dan ulam2
Brunch masa balik Klang.
Boleh divert jalan elok sikit.

No comments:

Post a Comment