Pages

Sunday, May 16, 2021

Syawal ke 4 dengan Bihun Sup

Malam tadi Kak Widad rekues nak makan bihun sup since Cik Wada ada buat tapi tak sempat pergi dan makan.
Ibu ok je buat asal kat kedai ada jual bihun since kat rumah tiada stok. Tulang rusuk haritu beli dari Cik Hannis. 1st time beli tulang fresh sebelum raya haritu.

Jam 12 pm baru start masak.
Teringin makan dengan begedil. Minta kakak Widad buatkan.

Sup masak dalam Noxxa je.
Ibu takdelah mahir sangat buat sup daging sebab jarang sangat beli daging. 
Tiap kali nak buat sup google dulu resepi.

Sup Tulang

Bahan-bahan
1. 2 kg tulang/rusuk
2. 7 biji bawang merah (mayang)
3. 1 labu bawang putih (mayang)
4. 2 inci halia (ketuk)
5. 2 keping sup bunjut
6. Daun bawang (hiris)
7. Daun sup (hiris)
8. Garam
9. Serbuk perasa
10. 1 SB serbuk lada putih Ajishio
11. 1 SB serbuk sup (jika suka dan digoreng bersama bawang)


Cara-cara
1. Masukkan tulang dalam periuk. Isi air sehinga paras tulang. Guna stir fry.
2. Bila sudah mendidih Off stir fry dan ceduk keluar lapisan atas yang macam buih-buih
3. Guna mode HP dan tekan 25 minit
4. Bila wap sudah release masukkan bahan lain. Masa ni guna mode stir fry.
5. Sebelum itu gorengkan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga agak garing.
6. Setelah itu masukkan ke dalam rebusan daging.
7. Masukkan juga garam, serbuk perasa, lada putih Ajishio dan sup bunjut.
8. Jika guna lada putih biji yang ditumbuk, gorengkan bersama bawang tadi.
9. Bila rasa sudah cukup, off kan mode stir fry kemudian masukkan daun bawang dan daun sup.


Sambal Kicap Cili

Bahan-bahan
1. 25 biji cili padi
2. 5 biji cili padi merah pedas
3. 2 SB gula
4. 1 SB cuka
5. Kicap manis
6. 3 ulas bawang putih
7. 1/4 SK garam

Cara-cara
1. Cili dan bawang putih masuk dalam AF 5 min
2. Masukkan dalam blender dan tambah gula, cuka, kicap dan garam.
3. Blend semua bahan dan adjust rasa.


Begedil Kentang

Bahan-bahan
1. 5 biji kentang saiz besar
2. 7 biji bawang merah (mayang)
3. 5 ulas bawang putih (mayang)
4. 1 SK lada putih
5. 1 batang kulit kayu manis
6. Daun sup
7. Daun bawang
8. 1 genggam udang kering
9. 1 biji telur
10. 1/2 SB tepung gandum
11. Minyak masak

Cara-cara
1. Bawang putih, bawang merah dan kulit kayu manis goreng sehingga garing dan ketepikan.
2. Kentang yang dikupas kulit, potong bulat-bulat dan digoreng sehingga kekuningan.
3. Bila dah masak angkat dan tumbuk semasa panas.
4. Kulit kayu manis tumbuk.
5. Udang kering pun goreng sekejap dan tumbuk.
6. Masukkan semua bahan kecuali telur dan tepung dalam bekas, gaul rata dan bulat-bulatkan. Lepastu leperkan sikit.

7. Telur dikocok dan campurkan tepung.
8. Panaskan minyak masak.
9. Masukkan adunan kentang ke dalam telur dan masukkan dalam minyak masak.
10. Bila nampak garing baru terbalikkan dan goreng sehingga warna bertukar gelap.
11. Angkat dan toskan kemudian hidang.


Bihun Kuning

1. Rendam bihun bersama 1 SB serbuk kunyit 30 minit.
2. Buang air kuning dan tambah air panas.
3. Bila sudah lembut, toskan air sehingga kering

Sedap dinikmati ketika panas.

Ini kalau dapat lobak asin lagi sedap.

Hidangan tengahari sehingga ke malam.
 

No comments:

Post a Comment