Pages

Friday, December 3, 2021

Yew Boutique Hotel, Teluk Intan

Kami dah plan untuk bermalam di Sabak Bernam sahaja jadi keesokan paginya bolehlah terus ke WCE. Ayah dah booking siap-siap Hotel Sri Bernam seperti biasa. Bila kami sampai kawasan hotel dan bangunan sekitarnya blackout. Bila tanya di kaunter, mereka pun tak pasti berapa lama TNB boleh selesaikan masalah. Jadi ayah cari hotel lain. Untuk berpatah balik ke Sungai Besar jauhlah pula. Itu yang ayah cari hotel di sekitar Teluk Intan.

Ayah call beberapa hotel bertanyakan dulu bilik kosong. Since impromtu, susah untuk dapatkan bilik dengan harga yang reasonable. Ada yang harga RM170 untuk semalaman. 

Akhirnya dapatlah bilik di ini, Yew Boutique Hotel.
Masa booking mereka bagi RM140, katil 2 single.
Bila sampai mereka bagi diskaun, jadi dapat bilik RM110.

Parking depan hotel. Ada juga parking khas berpagar di sebelah hotel.

Dah tengah malam kan.. gelap je laluan ke lobi.

Area restoren.

Kedai cenderahati.

Ada juga disediakan peti minuman. Bayar di kaunter sahaja.

Bilik luas.
Toilet di hujung bilik tidak seperti kebanyakan bilik hotel masuk bilik jumpa toilet dulu.

Tandas pun luas dan bersih.

Tak sempat buat air panas pun.

Toilettries yang disediakan.

Tekanan air pun kuat.
Cuma air panas tak berapa panas.
Mungkin kami tak tau setting 😁😁😁😁😁
 

No comments:

Post a Comment