Pages

Friday, May 2, 2025

Mujur Selamat

Hari ni ibu cuti... sengaja lah layan si kecil yang balik bercuti sekejap. Taulah bila Wafi balik, ada sahaja barang yang perlu dibeli.

Masa ibu jalan² kat pekan, nampak lah murid² perempuan SMK sesi petang di sekitar kedai². BerT-shirt sekolah bertudung hitam. Lencana di kiri dan pin bendera di kanan tudung.

Tudung hitam tak perlu lekat nametag atau lencana

Tinggggg... tetiba teringat.. alamak.... pin bendera Wafi. Semalam ibu campakkan je tudung dia dalam mesin basuh dan jemur bila dah selesai cuci. Mana nak ingat pin bendera tu. Pasrah je lah kalau tertanggal atau pecah 😮‍💨. Tapi mana nak cari dalam masa terdekat... 

Balik dari beli barang tadi terlupa kejap...

Ni tengah lipat kain...

Fuhhhh.... selamat... selamat.... elok je terletak. 

Dah berpuluh tahun tak guna jenis pin² ni. Kan sekarang lencana dan nametag pakai kain je. Zaman ibu lainlah... semua masih pakai pin.

Haaa tu dia... elok lagi terletak kedudukannya. 

Harap terus bertahan walau dah ter"spin" beberapa kali. Mungkin bendera ni dok bahagian dalam jadi ia masih selamat.

Yang viral pin tercabut tu tak tau lah cemana. Mungkin supplier, material berbeza.

Wafi kata dapat 1 je, lepasni ibu try cari yang jenis kain pulak.
 

13 comments:

  1. kena standby lebih tu...risau juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia, sekolah bagi sekeping je. Mungkin sebagai permulaan. Lepas ni kena beli sendiri.

      Delete
  2. Rasanya elok yang jenis kain. Tak perlu risau dah nak cabut pasang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... tu kalau lama-lama tak buka masa cuci, lekat warna karat.

      Delete
  3. tu lah ramai parent yg suggest jenis kain tp ada issue katanya sbb bendera perlu dijaga kehormatannya jd sbb tu perlu guna jenis pin hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo camtu.. laaa... habis tu kalau baju pemain Malaysia ada logo bendera lain cerita kot ya 😅

      Delete
  4. Lupa tanya anak² PH yg dekat asrama tu pasal pin ni... Yg SRAI tak wajib pakai sbb diorg bawah JAIS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulak dah... sekolah KPM je lah gamaknya. Tapi SRAI pun silibus KPM juga kan. Tunggu je lah camne depa nak selaraskan.

      Delete
  5. Ada dengar kes pin tak kuat dll, elok jenis kain je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better kain lah.. budak2 ni karang tak sengaja terbuka pinnya dah tercocok kat diri sendiri atau kawan lain.

      Delete
  6. Nasib baik selamat...kalau tak jenuh nak mencari lagi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia... dah lah benda baru ni.. kot dah ada kat kedai stationery bolehlah lagi nak beli. Ni baca cam ramai beli kat shopee je.

      Delete
  7. Saluuut lah kalo tetep terjaga pin nya, tak hilang. Sebab pin macam tuh risky sangat utk hilang. Apalagi anak2 yg pakai. Kadang mereka lupa letak mana 😅

    ReplyDelete