Hari ni ibu cuti... sengaja lah layan si kecil yang balik bercuti sekejap. Taulah bila Wafi balik, ada sahaja barang yang perlu dibeli.
Masa ibu jalan² kat pekan, nampak lah murid² perempuan SMK sesi petang di sekitar kedai². BerT-shirt sekolah bertudung hitam. Lencana di kiri dan pin bendera di kanan tudung.
Tinggggg... tetiba teringat.. alamak.... pin bendera Wafi. Semalam ibu campakkan je tudung dia dalam mesin basuh dan jemur bila dah selesai cuci. Mana nak ingat pin bendera tu. Pasrah je lah kalau tertanggal atau pecah 😮💨. Tapi mana nak cari dalam masa terdekat...
Balik dari beli barang tadi terlupa kejap...
Ni tengah lipat kain...
Fuhhhh.... selamat... selamat.... elok je terletak.
Dah berpuluh tahun tak guna jenis pin² ni. Kan sekarang lencana dan nametag pakai kain je. Zaman ibu lainlah... semua masih pakai pin.
Haaa tu dia... elok lagi terletak kedudukannya.Harap terus bertahan walau dah ter"spin" beberapa kali. Mungkin bendera ni dok bahagian dalam jadi ia masih selamat.
Yang viral pin tercabut tu tak tau lah cemana. Mungkin supplier, material berbeza.
Wafi kata dapat 1 je, lepasni ibu try cari yang jenis kain pulak.
kena standby lebih tu...risau juga kan
ReplyDeleteIa, sekolah bagi sekeping je. Mungkin sebagai permulaan. Lepas ni kena beli sendiri.
DeleteRasanya elok yang jenis kain. Tak perlu risau dah nak cabut pasang.
ReplyDeleteBetul... tu kalau lama-lama tak buka masa cuci, lekat warna karat.
Deletetu lah ramai parent yg suggest jenis kain tp ada issue katanya sbb bendera perlu dijaga kehormatannya jd sbb tu perlu guna jenis pin hurmmm
ReplyDeleteoo camtu.. laaa... habis tu kalau baju pemain Malaysia ada logo bendera lain cerita kot ya 😅
DeleteLupa tanya anak² PH yg dekat asrama tu pasal pin ni... Yg SRAI tak wajib pakai sbb diorg bawah JAIS.
ReplyDeletepulak dah... sekolah KPM je lah gamaknya. Tapi SRAI pun silibus KPM juga kan. Tunggu je lah camne depa nak selaraskan.
DeleteAda dengar kes pin tak kuat dll, elok jenis kain je kan.
ReplyDeleteBetter kain lah.. budak2 ni karang tak sengaja terbuka pinnya dah tercocok kat diri sendiri atau kawan lain.
DeleteNasib baik selamat...kalau tak jenuh nak mencari lagi kan...
ReplyDeleteIa... dah lah benda baru ni.. kot dah ada kat kedai stationery bolehlah lagi nak beli. Ni baca cam ramai beli kat shopee je.
DeleteSaluuut lah kalo tetep terjaga pin nya, tak hilang. Sebab pin macam tuh risky sangat utk hilang. Apalagi anak2 yg pakai. Kadang mereka lupa letak mana 😅
ReplyDelete