Kisah 3 - 7 Disember 2025.
Abang Imi mengikuti program fakulti di Kuching.
Pasti trip yang ditunggu² sebab ini pertama kali Bami ke Kuching dengan kawan². Sebelum tu dah pernah pergi pada tahun 2006 dan 2017 bersama keluarga.
Flight 9.20 pagi
Sampai di Kuching bas Unimas jemput mereka pergi dan balik dari airport ke Serian.
Masa di Serian pelajar tinggal di rumah keluarga angkat. Abang Imi dan beberapa orang kawan ditempatkan bersama keluarga angkat yang mempunyai homestay selama 2 malam (3 & 4/12/25).
5 & 6/12/25 pelajar tinggal di hotel² budget sekitar Bandar Kuching. Mereka buat aktiviti bebas. Masa ni lah nak jalan² sekitar bandar.
Perbelanjaan hotel, makan dan pengangkutan pelajar bayar sendiri.
Jalan pun sendiri² tanpa ditemani pensyarah.
Gambar² Bami di Kampung Budaya Sarawak ni tak tersusun. Ibu guna handphone update jadi leceh nak arrange.
Bami kata masuk Kampung Budaya Sarawak free je sebab ada Pesta Nyamai.
Arr.. untungla.
๐ Location: Sarawak cultural Village (right infront of Rumah Ulu)
๐️ Entrance Fee: Free
Pesta Nyamai adalah festival makanan dan budaya, khususnya di Sarawak, menampilkan hidangan tempatan, muzik langsung, dan tarikan komuniti. Ia adalah satu pengalaman kuliner yang meraikan rasa dan kepelbagaian makanan Sarawak, menarik penggemar makanan dan pencinta budaya.
Ini harga entrance fee.
WARGANEGARA MALAYSIA
Dewasa: RM90.00
Kanak-kanak: RM57.00 (2 – 12 tahun)
BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
Dewasa: RM135.00
Kanak-kanak: RM85.00 (2 – 12 tahun)
Kalau tak silap ibu ini di Pondok Penan.
Bami bertolak balik dari Kuching 7hb Disember 2025, 11 malam dan sesampainya di airport, bas Unisza sudah menunggu.











No comments:
Post a Comment