Pages

Friday, February 13, 2026

Hadiah Give Away Baju Raya

Alhamdulillah sampai dah hadiah dari Kak Notie sempena Give Away Baju Raya. Ibu terima petang semalam melalui Poslaju.

Masyaallah... Kak Notie ni punyalah pemurah, nak bagi hadiah cuma minta pembaca blog beliau komen "saya nak baju raya" di ruangan komen.

Bagi pemenang no. 5 - 7 dapat kain Uragiri warna hijau lembut.

❤️❤️ sangat dengan kaler ni.

Nampaknya kain ni lepas rayalah baru ibu tempah. 2 pasang kain yang ibu hantar pada Cik Biela tahun lepas pun tak siap lagi huhu...

Ibu boleh jahit baju kurung tapi dah berapa tahun tak buat. Asyik beli baju RTW je. Lagi satu mesin jahit ibu tak beri kerjasama bila jahitan tak berapa elok, macam tak lekat dan benang bergulung. Dah adjust sana sini tapi masih sama. Biasa lah manusia ni... asyik memberi alasan je🤭🤭. Padahal boleh je hantar kedai untuk repair.

Terima kasih sekali lagi buat Kak Notie. Semoga Allah sentiasa gandakan rezeki buat akak dan dapat ke tanah suci untuk mengerjakan haji dengan kadar segera. 
 

17 comments:

  1. Syukur alhamdulillah rezeki kan...cantik kak kain tu..lembut aje..SA pun sama kak..x dan nak pi tempah...lepas raya la nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap tailor jangan cakap dah penuh sebab orang dah tempah untuk raya haji huhu...

      Delete
  2. Alhamdulillah... Tahniah... Lawa kainnya...

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat warna lembut kain tu. Alhamdulillah rezeki dari Notie.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah cantik boleh la hantar tempah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena hantar cepat² ni bila dah buka tempahan lepas raya.

      Delete
  5. Naaah saya sukaaa warna ini juga. Hijaunya lembuuut 😍😍😍. Memang dah penuuuuh semua tailor ya kak 😄. Saya dah lamaaaaa sangat tak jahit baju. Rasa2nya trakhir kali pas nikah lah, Krn dulu kebaya nikah dijahit. Sekarang menyesal tapi.

    Pakai cuma sekali, tak bisa dipakai lagi, sebab ekornya panjaaaaaaaang, penuh dengan manik 🤣🤣🤣🤣. Tak mungkin kan saya pakai ke acara wedding teman misalnya. Tertukar pula mana pengantin asli 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahaah... jangan over shadow sama pengantin🤣

      Delete
  6. Alhamdulillah sudah terima. Suka bila si penerima gembira menerimanya. Takpe kain tak basi boleh je buat baju baru nanti. Nanti dah siap tayang ye bila di pakainya.

    ReplyDelete