Pages

Saturday, March 7, 2026

Golden Penda

Masa turun kereta di parkir Lotus Puncak Alam ibu ternampak pokok berbunga kuning yang pada ibu sangat menarik. Kuningnya begitu menyerlah.

Ni kalau berbunga sampai atas mesti lagi cantik.

Pokok Golden Penda (nama saintifik: Xanthostemon chrysanthus).

Fakta : 
​1. Nama Popular: Di Malaysia, ia juga dikenali sebagai Pokok Kelat Kuning atau Golden Penda.
2. Ciri-ciri: Bunga ini sangat unik kerana ia berbentuk seperti pom-pom kuning yang terdiri daripada filamen (bulu-bulu halus) yang panjang.

​3. Asal: Pokok ini asalnya dari Queensland, Australia, tetapi sangat popular di Malaysia kerana ia sesuai dengan iklim khatulistiwa kita.
4. Kegunaan: Selalunya ditanam sebagai pokok hiasan di taman-taman, tepi jalan, atau di kawasan perumahan kerana warnanya yang terang dan mampu menarik perhatian burung serta lebah.
5. Ketahanan: Ia adalah pokok yang lasak, sukakan cahaya matahari penuh, dan bunganya boleh bertahan agak lama.
Biji benih setelah bunga gugur.


23 comments:

  1. Seingatnya macam pernah nampak, tapi tak tau nama. Cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kalau sepokok penuh berbunga mesti lagi cantik.

      Delete
  2. Menarik sekali melihat bunga golden penda seperti ini. Warnanya yang cerah memang membuat taman terlihat lebih hidup dan indah dipandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanam tepi jalan ni cantik.. warna yang terang.

      Delete
  3. Memang menarik perhatian..kuning terang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaler tu yang buatkan memandang dua kali😁

      Delete
  4. Rasa macam tak pernah nampak pokok ni kat sini. Selalu ada kat bandar ke pokok ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure lah BK.. akak nampak satu je kat depan Lotus...tempat lain tak jumpa lagi mungkin ada tapi sebab tak berbunga jadi tak perasan.

      Delete
  5. Nice. Tp entahlah pernah atau tidak jumpa pokok ni sbb ammi sejenis yang tak ambil port pasal pokok atau bunga. Kategori jalan menonongggg je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekeke... sejenis mama nak setel urusan cepat tu.

      Delete
  6. pernah nampak pokok ni. nampak mcm buah rambutan tak masak

    ReplyDelete
  7. Cantik dan unik bentuk bunganya. Di negara kita sebenarnya banyak bunga cantik tapi pokoknya tinggi-tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak... lagi satu yang orang panggil sakura musim panas kaler pink dan putih.. itu pun lawa juga.

      Delete
  8. Tak pernah lagi nampak bunga kuning ala berbulu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya tak banyak orang tanam. Akak pun 1st time tengok.

      Delete
  9. Saya pikir tadi dandelion kak. Mirip. Tp dandelion cendrung putih. Di sana berarti banyak ditanam di pinggir jalan yaaa. Pasti cantik kalau tengah mekar.

    Di jakarta sini kebanyakan bunga Tabebuya untuk pinggir jalan. Yg mirip bunga sakura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat lain akak tak jumpa lah Fanny.. ni pun pertama kali nampak.
      Haaaa yang mirip bunga sakura tu kat sini pun banyak. Bila musim berbunga tu cantik tapi bila gugur jenuh bersihkan.

      Delete