Pages

Thursday, April 16, 2026

Perjalanan Ke Kuantan I Singgah RnR Makan Patin Tempoyak

Hari Sabtu 11/4/2026 seusai solat Subuh, ibu dan Abang Imi bertolak ke Kuantan. Ayah tak join sebab ada program jamuan hari raya ASAS.

Sebelum Tol Gombak... cantik view pagi. Cuaca pun elok. 
Lepas Tol Karak, Bami minta ibu take over sebab dia rasa mengantuk. Katanya jam 1 am baru tidur walau ibu dah pesan tidur awal😬.

Berhenti kat RnR Temerloh, nak cari sarapan dulu. Ambil makanan berat terus jadi tengahari tak perlu makan.

Pinggan Bami.

Pinggan ibu.
Macam dah jadi kewajipan, berhenti sini mesti nak ambil Patin Tempoyak. Pilihan ibu Gerai No. 12 dan kali ini rasanya memuaskan. Pernah sekali terasa lebih masam dan masin.

Ibu dapati harganya sudah naik. Harga² sebelum ini RM10 naik ke RM15. Sekarang sudah naik RM18 seketul.

Kopi ais buat hilang mengantuk huhu.

Sampai SEMSAS jam 10.20 pagi
Masa ni game pertama mereka sudah selesai. 
Hari tu sekolah ada jamuan hari raya, rezeki anak² selepas game dijemput memeriahkan majlis.

Sementara tunggu game mereka jam 2 pm, kami ke East Coast Mall dulu.

Tak payah ambil gambar boleh tak bu...

Ehhh... hp ibu kan... sukahati lah😃
Nanti kalau ibu cakap... kalau ibu takde nanti, Bami boleh tengok gambar kita berdua... 
Haaa... ayat ni dia cukup pantang 🤭🤭🤭, terus jadi sentap 😁.

Dalam mall, saje jalan²... cari Watson sebab Wafa kirim barang.

Masalahnya masuk Watson, bukan beli seketoii je... berketoi² barang ibu.. Bami juga ambil kesempatan.

Ibu belikan Wafi & kawan² Tealive juga sushi AEON.

Bami nak juga cari cable handphone... singgah MrDIY otw ke SEMSAS. Kat Kuantan pulak lah nak cari cable. Bagusnya MrDiy ni banyak cawangan, sangat² memudahkan.

 

3 comments:

  1. seronok la Wafi erk....last week akak kat Kuantan...SA plak this week..hehehehe....

    ReplyDelete
  2. banyak cerita pasal kak faiz hari ni.. hihihi...

    ReplyDelete
  3. Dah naik harga ek jadi rm18.. saya sempat merasa masa harga dia rm10 tu. Murah dan sedap

    ReplyDelete