Last entry FD 2026.
Sebelum balik, Cik Ami arrange satu game iaitu Teka Nama Anak.
Nenek duduk atas buaian. Sorang-sorang 11 anak dari belakang nenek hulurkan kedua belah tangan. Nenek kena teka siapa. Biasalah.. bila anak ramai ni jenuhlah nak meneka nama hanya dari tangan π.
Yang pasti nenek teka betul 1st try tentulah Cik Ujang, lelaki sorang kan. Juga Cik Cha sebab tangan paling gebu. Yang lain tu cucu-cucu dok bagi hint π
Mana yang nenek teka betul dapatlah hadiah duit dalam peket. Dah setuju setiap anak bagi sampul duit RM10.. saje nak seronok-seronok. Tak tau lah kot ada yang bagi lebih π. Akhirnya.. semua pun nenek dapat teka.
Diorang kata nenek dah tak heran nak ambil gambar sebab dok sibuk dengan sampul duitπ
Anak²
Menantu²
Pakcik Anuar je takde.
Cucu²
Tiada dalam gambar
1. Aiman di Turkiye
2. Izzatun di Al-Azhar
3. Abang Muhammad dan keluarga di Perak.
Video keluar dari homestay.
Alhamdulillah atas kesempatan masa yang ada untuk berkumpul dengan semua keluarga selama 3 hari 2 malam di Homestay Kampung Malaya.
Insyaallah tahun hadapan kita berkumpul untuk acara Family Day lagi.










No comments:
Post a Comment