Pages

Thursday, July 2, 2026

Tumbler Cristiano Ronaldo Hadiah Dari Kak Notie

Semalam tengahari sampai lah hadiah tumbler Cristiano Ronaldo yang kacak ehemmmm .. sempena GA : Meriahkan Piala Dunia anjuran blog Kak Notie. Beberapa hari ni boost di blog² yang memenangi GA beliau. Sebenarnya ibu menang pada masa tambahan atau masa kecederaan 😅😅. Rasanya Kak Notie bagi hadiah pada semua blogger yang komen kat entry tersebut. 

Terima kasih Kak Notie berkongsi rezeki dengan kawan² lain. Semoga terus murah dan bertambah² rezeki dan direzekikan untuk mengerjakan haji pada tahun 2027.

Teruja pulak bila dapat tumbler ada pengesan haba camni.

Ibu tidak mengikuti Piala Dunia tapi tahulah kewujudannya 4 tahun sekali. Paling ingat tahun 2010 sebab Wafi lahir hari pertama Piala Dunia diadakan tahun itu iaitu 11 Jun 2010. Ia diadakan di Afrika Selatan.

Tahun ini sekali lagi diadakan pada tarikh 11 Jun 2026. 
Kita tunggu lagi 4 tahun, masa tu Wafi akan berumur 20 tahun. 
Aihhh.... janganlah cepat membesar huhu

 

2 comments: