Minggu lepas Abang Imi ada beritahu ada 2 orang unimate akan bermalam di rumah.
Hari Khamis mereka sampai.
Bermalam satu malam sebab Hari Jumaat akan ke JB.
Hakimi bertolak dari Ipoh jam 5 pm. Sebelum ni intern di sana dan lepas intern teruskan buat partime barista kat F&B. Balik dari JB akan terus ke kampungnya di Chenor, Pahang. Hakimi tinggalkan kereta kat rumah sebab mereka akan car pool naik dengan Abang Imi.
Ibu jumpa Shahril petang Jumaat masa balik dari ofis.
Ibu tak sempat masakkan mereka di rumah dan Bami kata nanti makan luar je. Tak sure akan sampai jam berapa. Jadi ibu bagi duit je lah minta Bami bayarkan makanan mereka.
Jam berapa mereka sampai rumah pun tak pasti sebab ibu dah masuk tidur.
Dinner ibu ayah hari Jumaat sebelum balik rumah... ayah pickup ibu kat ofis sebab kereta ibu, Bami nak guna.
Masa ni Bami dan kawan² dah kat area Setia City Mall, ajak dinner dulu tapi Bami bagitau dah makan.
Jumaat jam 10 pagi Bami dan kawan² ke IOI Mall sebab Shahril yang duduk Besut teringin nak pergi. Bila balik tu end up sampai lambat sebab dari IOI mall tu highway jammed.
Patutnya dari IOI mereka terus je lah pergi JB tapi nak balik rumah dulu. Kawan yang duduk Subang Jaya tak join ke IOI jadi memang kena ambil dia dulu. Masa ke IOI mereka bawa kereta Hakimi. Itu yang Bami bagitau, kalau tau nak jammed ibu boleh je bawa kereta ke ofis.
Ehhh... ibu dah bagitau ya.. jalan akan jammed sebab ada perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026.
Dua kali lah mengharung jammed, balik dari IOI dan ketika menghala ke JB.
Sampai JB jam 3 pagi.
Singgah Masjid Kampung Sungai Danga, dapatlah melelapkan mata dan rehatkan badan sementara tunggu check-in Airbnb.
Menyaksikan konsert Wali Band di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.
Helok pulak pakai baju putih semua... ni mesti dah pakat².












Wah peminat wali band sungguh ni sampai kan sanggup jauh2 pi jb. Jem dari sepang boleh sangkut kat ioi waduh jem panjang tu
ReplyDelete