Pages

Saturday, August 17, 2013

Berkelah di hari raya ke-2

Hamboiii.... orang lain sibuk beraya, kami sibuk berkelah.
Sebenarnya bukanlah berkelah dengan mandi-mandi walau Titi Hayun tu memang ada air terjun.
Kami ke gerai tok lang rawiwa yang bukak gerai hari ke dua kat situ.
Sesaja jalan sebelum bertolak pulang ke Kulim.

Wafi ni kan memang pantang... pantang masuk dalam kereta mesti nak tetekkk...
Kalau 3 jam otw ke mana2, maunya 1/2 jam dia boleh duduk sendiri.
Lepas tu melekat... waktu tu lah boleh senyap sikit kalau tak memang ada jer yang tak kena. ishhhhh....
Takpe lah Wafi.... asal senyap udah lerrr... walau ibu terseksa huwaaaaaa...

Sementara tunggu yang lain makan nasi lemak kat gerai tok lang, ibu bawa Wafi main kat playground.
Memang tak bagitau dia tentang air terjun kat situ, kalau tak memang wafi nak mandi.
Bami plak awal2 kata nak mandi, nak terjun, nak menyelam bagai, tapi ibu tak benarkan sebab kalau dah mandi memang lama lah jadinya.
Kawi ok, kali ni memang tak nak mandi.

Kalau nak mandi waktu tu ok juga sebab orang pun tak ramai sangat macam selalu, mungkin sebab hari Jumaat dan masih di hari raya ke-dua.

Dalam jam 1 pm kami gerak balik ke Kulim.
Gitulah suasana hari raya ke-dua :(

No comments:

Post a Comment