Pages

Saturday, August 3, 2013

Resepi dari blog untuk Iftar

Ramadhan ni nak berblog pun tak berapa sempat.
Laju2 je lah taip hehe...
Sepanjang bulan puasa ni masih sempat lagi memasak untuk anak2 walau sampai rumah menginjak jam 6.10 pm.
Bulan puasa ni balik macam biasa tapi terpaksa melalui bazar ramadhan dan pelajar sekolah yang pulang jam 5.30.
Tak termasuk pekerja2 dari arah Klang, Shah Alam atau KL yang pulang lebih awal.
Sabar jer lahhh...

Sampai rumah gegas ke dapur. Masak pun simple2 jer dapat 2 lauk satu sayur dah cukup untuk anak2.
Dah terbiasa makan nasi. Kuih muih ayah jer rajin membeli. Tu pun tak banyak sebab ayah jer makan. Kami tukang cuit2 jer.

Setakat ni 2 kali jer beli lauk siap sebab keje lewat dan satu lagi lupa nak turunkan lauk mentah dari freezer.
Buka kat luar bukan pilihan. Setiap hujung minggu buka kat rumah atuk. 

Masa cuti je lah buat kuih sendiri. Tu pun yang penah dicuba. Tak rajin pulak nak mencuba resepi baru.
Antaranya yang sempat disnap:-

Puding tembikai. Ni dari blog CA.

Cara Berlauk dari blog yang sama. Sangat recommended.
Haritu adik beli cara berlauk dari bazar ramadhan.... uhhhhh sangat x best dan tak lembut macam ni. ai tell u.
Cik Wada cakap ibu punya mewah dengan isi.

Ayam Panggang dari dapur mamasya nun di kaherah. (jumpa blog ni dari blog CA).

Talam Sagu dari dapur Kak Ummi
.
Baked Macaroni, juga dari dapur mamasya.

Air jagung dari dapur Kak Ita. Kalau tengok gambar sini memang tak best la walau rasa sedap sangat tapi tengok dari Kak Ita punya blog memang sangat menggoda.

Gambar malas nak adjust. Entah napa asal transfer gambar jer terbalik2 :(

2 comments:

  1. Replies
    1. cuti jer pun baru nak membuatnya..
      hari biasa jangan haraplahhhhh...huhu

      Delete