Sempena cuti raya cina kali ni, baliklah kami ke Kulim.
Kawi dah dicutikan pada hari Khamis. Bami plak memang dah start cuti sampai Selasa.
Sakan raya korang yer.
Malam Rabu dah bertolak ke Tapah, semalam di rumah ummi.
Pagi gerak jam 9.30 and traffic so nice. No jam at all :)
Sampai tengahari dan melepak lah hingga petang.
Petang apalagi... jenjalan lah ke pasar malam Kilang Lama.
Best2... makanan manyah murahhhh oooo
Ni haaa.... sate 2 kupang (20 sen)
Ada lagi yang 3 kupang... Tak lebih dari tu. Kat Klang mana nak dapat???
Ayam goreng RM1-2 jer... blink2
Ibu beli sate 40 cucuk RM8
Ayah beli gak 50 cucuk RM10 (ibu tak beritahu ayah yang ibu dah beli)
Ayah beli sebab murah.. fengsannn, semua 90 cucuk.
Tapi ok lah sebab sekali suap sate ni.
Hari Jumaat tu, kami sekeluarga plus mak ngah, pak ngah n baby Syafwan gi jenjalan ke Penang.Naik lah ke Bukit Bendera tu. Walau dah berkali pergi pun nak pergi gak.
Kali ni merasa lah naik keretapi elektrik tu.
Wahhhh... tak sampai 5 minit dah sampai atas.
Laju betul. Masa otw tu terpikir gak camnerlah kalau train tu mengelongsor laju ke bawah :'(
Tengahari tu makan kat Nasi Kandar Line Clear.
Beratur dekat 45 minit tetengahari..
Teringin punya pasal. Wahhhh... dapat makan telur sotong. Puas.
Harga pun ok jer kat sana compared to ada satu restoran kat KL yang menginsafkan hehe...
Sebelum balik borong pulak Jeruk Madu Pak Ali sebagai buah tangan untuk keluarga dan kawan2.
Oh ya.... souvenir seperti key-chain dan fridge magnet murah lagi kalau beli di Bukit Bendera.
Key-chain satu set (6 pcs) kat Bukit Bendera RM10.
Di sebelah Restoran Nasi Kandar RM18 (?????? sangat gila mahal)
Di kedai Jeruk Madu Pak Ali RM12.
Masa nak beli kat atas tu, tawakkal jer lah.. sebab tau kat tempat tumpuan biasanya mahal.
Since takdenya ibu nak compare harga tempat lain sebab ntah jumpa ntah tidak nanti.
Alhamdulillah, rezeki kawan2 ibu dan Kawi.
Hari Sabtu balik menghala ke Tanjung Dawai.
Nak lunch ikan bakar fresh.
Ikan apa ntah atas tu...Siakap ker... tak ingatlah. Seekor RM25
Sedap... terasa manisnya.
Juga udang sekor RM3 ke atas.
Puas makan. Bami lah teringin makan sotong bakar tapi tak dapat.
Lepas tu, naik kedai atas tu. Sesaja la cari ikan masin. Hasil2 laut yang elok2.
Dah kenyang tu menghala pula ke Titi Hayun di Yan.
Tempat air terjun/peranginan tak jauh dari Tanjung Dawai.
Kat sini tok lang rawiwa ada gerai.
Mandilah 3 beradik. Sejuk air tapi air tak banyak sebab musim panas.
Tapi boleh lahh...
Wafi lah seronok sangat dia.. katanya 'kita mandi sendiri'
Ok... berakhirlah percutian sempena raya cina 2014.
Balik Ahad dan jalan pun masih clear.
5 jam dah sampai rumah. Tu pun sekali stop sebab nak lunch di Latar.
bestnya cuti2 balik kampung...! sate 2 kupang ada lagi ye? dulu balik pendang, jumpa yang 3 kupang ja.. tu pun jenuh nak habiskan.. hehehe
ReplyDeletenasib baik husband ada kampung bolehlah guna perkataan 'balik kampung' sebab kitorang kan memang duduk kampung hihi...
ReplyDeletea'ah... sepanjang kawen 15 tahun ni rasanya first time pegi pasar malam tu dan jumpa sate 2 kupang. seronok gi pasar dia sebab macam2 adaaaa :)
Uhh mbakyu...warek mangan satey 90...murah plak tu...behhh aaaa
ReplyDeletepangannan nang kono memang ejek murah yo...
untung..untung..
waduhhhh mbakyu... angger merono memang kebek waie weteng ngae.
ReplyDeleteKabeh enak.. pulakaie murah..
Kabeh arek dituku.. sediakkae duite waie :)