Pages

Friday, September 27, 2024

Hantar Intan Ke KLIA

Ini cerita Isnin 23/9/2024
Kami mak² sedara hantar Intan di KLIA. Intan akan berlepas ke Mesir menaiki Emirates Air jam 2.30 am next day nya.

Ibu, Bami, nenek, Cik Cha dan Aqil satu kereta.

Dari rumah lepas Maghrib, jadi tak sempat makan. Mujur Cik Baya ada bawa makanan.


Berkelah.

Nenek dan ummi.

Nenek, cucu dan mak😃

Intan akan melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah.


Intan & ummi.


Intan bersama ayah & ummi.

Abang Imran je yang ada.

Ain dan Intan sepupu sebaya.

Ain drive dari Poli SA semata² nak jumpa kesayangan. Patut ada Aiman.. baru sepupu 3 serangkai.

Family Cik Cha.

Family kita.

Family Cik Baya.

Seronok nenek.. bulan depan jalan² Mesir plak.




Ni kalau siang rasanya ramai lagi makcik² yang hantar.

Dina buat perangai lah tu... nangis sebab kami cakap nak bergambar makcik² dulu😃

Ain bawa teman.

All the best Intan.
Semoga Allah permudahkan urusan Intan di bumi Mesir.

Jumpa kawan baru.

Ini belum satu kampung hantar🤣

5 orang kawan² sekolah Intan yang dapat sambung belajar di Al-Azhar.

Gambar ni hari Selasa malam Abang Muhammad hantar. Intan dah sampai ke penginapan pelajar Perak.
Intan belajar di Al-Azhar, Abang Muhammad pula habis belajar di universiti yang sama.

Cantik peraturan Allah.
Alhamdulillah.
 

Tuesday, September 24, 2024

إِنَّا لِلّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن

Assalamualaikum / Salam Sejahtera..
PEMBERITAHUAN BERITA KEMATIAN

إِنَّا لِلّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kesayangan kami Norizan binti Rohman telah meninggal dunia pada 24 September 2024 sebelum subuh tadi

Semoga arwah Kak Izan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Beliau meninggal asbab kanser hempedu.

Dulu arwah bekerja sama department ibu, kemudian transfer ke PPD. Tahun 2021 beliau resign setelah bekerja lebih dari 30 tahun.

2 tahun lepas, 2 orang anak kembarnya pula masuk department ibu.
 

100,000 KM

Pagi tadi masa keluar dari kawasan rumah ke tempat kerja terpandang odometer... eh.. ngam² 100,000 KM

Berhentilah sekejap nak ambil gambar.


Betul² guna selama 5 tahun pada 30/8/2024

Beli tahun 2019, 6-7 bulan lepastu PKP. 2 tahun pergerakan terhad disebabkan tidak boleh rentas daerah. Masa tu sangat² rendah odometer tapi still kena service ikut jadual. 

Anak² plak belajar jauh. Bila pintu sempadan daerah dah buka, ada masa visit mereka. Abang Imi di Muadzam, Pahang. Kawi ke Poli Sabak Bernam, walaupun dalam Selangor tapi daerah paling barat sekali. Lepas tu hantar Bami ke Terengganu pula. Begitu juga Kak Widad bila dapat tawaran ke Unisza cawanganBesut.

Wafi pula ke Kedah. Hampir setiap bulan ke utara. Malahan kerap juga 2 minggu sekali visit dia.

Itu yang betul² utilised kereta ni. Kalau untuk perjalanan ke ofis ibu, hanya 7 km je. Jadi takdelah tinggi. Bila dah visit anak², itu yang mencanak² naik meternya.

Kalau ikut date  next service pada 3/11/2024. Kalau dah gini gayanya, kenalah ikut odometer tu instead of date.
 

Sunday, September 22, 2024

Hantar Wafi

Setelah 8 hari cuti sekolah, tiba masanya Wafi pulang ke sarang.
Gambar sebelum Wafi tukar baju batik sekolah. 
Lepas kenduri abang Anis, singgah dulu di Masjid Taman Ria untuk tukar baju dan belikan Wafi makanan panas.


Tak habis² lagi bergurau dengan abang dia.


Mana abang tak geram, sempat dia jilat sket tangan abang nak bagi air liur😬
Sabar je lah.


Bye Wafi.
Jumpa lagi cuti Deepavali nanti.
Lepas ni balik naik ETS sebab cuti pendek.
 

Jumpa Mak Kawan-kawan Wafi

Semalam Sabtu sebelum hantar Wafi balik asrama, ibu dan Abang Imi penuhi dulu jemputan walimatul urus abang kawan Wafi, Anis. Ayah tak ikut sama kerana ada perkara yang perlu dilakukan di UUM.

Majlis diadakan di Kolej Vokasional Sungai Petani. Abang Anis ni Alumni Sains Kedah (ASSAK), bekas pelajar sekolah Wafi.

Ibu ada mesej mak² kawan Wafi yang dijemput sama untuk berjumpa di majlis tersebut. 

Wafi dan Alya.

Ibu dan mak Alya. 

Mak Alya dan mak Afiqah.
Few times jumpa mereka. Wafi pula dah 2 kali ke rumah Afiqah bila PB.

Alya, Wafi dan Afiqah.
Tak ada pula gambar Anis bersama tapi adalah diorang berempat selfie di luar.

Walaupun Afiqah bukan classmate tapi mereka berkawan baik.

Biasalah tu... depan ibu behave, bila keluar dewan... kemain diorang bergembira.

Yang tengah mak Anis. 
Masa ni mak Afiqah sudah beredar terlebih dahulu sebab nak uruskan barang² asrama.

Alhamdulillah.. atas jemputan beliau dapatlah ibu berjumpa mak kawan² Wafi.

Masa hantar Wafi, jumpa pula mak Wafa. Lamalah juga kami sembang² perihal anak². 

Barulah ibu sedar kawan² rapat Wafi semuanya anak bongsu. 
Wafi, Wafa, Alya dan Anis.
Mereka juga geng² kricket.
Cuma Pipah sahaja anak sulung dan tidak terlibat dengan kricket.

Seronok bila dapat kenal dan berjumpa mak² ni. Dapat bertukar² pandangan, bertanya tips etc demi kebaikan anak².
 

Hotel EDC UUM

2 malam kami stay di Hotel EDC UUM. Lama tak duduk sini rasanya last masa Bami sekolah rendah manakala Kawi masih di kindy. Masa tu ayah kerap ada training di UUM.

Ayah ambil standard room, RM120 semalam tanpa breakfast.

Bilik simple je, TV pun masih tv obesiti😁

Toilettries hanya ada showel gel dan shower cap. Pancuran air so so je.

Duduk sini mengimbau room service fish and chip dan fresh orange yang super sedap😄

Kami checkout pagi ni jam 5 am. Balik awal untuk elak kesesakan jalanraya hari ni.
 

Saturday, September 21, 2024

Sambutan 40 Tahun UUM & Program Mai Balik UUM

Inilah tujuan ibu dan ayah balik ke Kedah demi alma mater. Program Mai Balik UUM sempena Sambutan 40 Tahun UUM. Program bermula hari Jumaat hingga Ahad.

Ada aktiviti yang telah disusun oleh Pusat Alumni seperti lawatan ke sekolah/fakulti pengajian, golf, games dsb.

Malam ni ada dinner bertemakan Golden Navy Blue, warna rasmi UUM. Ayah je join sebab ibu hantar Wafi ke Sungai Petani tadi, takut kelam kabut nak sampai semula balik hotel.

Sempat jumpa coursemate ibu, Prof. Madya Dr Rima. Lecturer UUM Postgraduate di KL. Alhamdulillah malam ni beliau salah seorang daripada penerima award atas hasil sumbangan kepada UUM.