Ini cerita petang semalam.
Ibu baru tau 2 hari sebelum yang Pesta Makanan Havoc di Setia Alam berlangsung dari 5 - 8/9/2024 (Khamis hingga Ahad). Masa ibu kat ofis semalam, Kak Widad call jam 6 lebih dan ajak ibu pergi. Betul-betul short notice. Kawi pickup ibu, nanti hantar balik semula sebab ibu tinggalkan kereta kat ofis. Disebabkan tapak pesta berhampiran ofis dan rumah, nak juga ibu follow. Kalau luar kawasan takde lah ibu nak pergi.
Masa sampai ni almost jam 7 malam.
Kak Widad dah aim few makanan viral yang dia teringin. Ibu dah expect harga makanan kat tempat-tempat begini. Check purse ada cash RM170, cukup lah kot.
Corndought cheese RM12 untuk Abang Imi.
Nak Maghrib kan.. jadi tak ramai orang.
Surau temporary ada disediakan berhampiran parking kenderaan sebelah Setia City Convention Centre.
Ibu beli sup keting RM25.Harga tu dah fixed ya dan portion boleh makan 2-3 orang. Patut optional lah boleh beli smaller size macam kat pasar malam atau gerai-gerai. Tapi tak boleh.. hurmmm...
Kalau kat gerai Setia Taipan biasa ibu beli RM15 sekali dengan jeruk betik.
Ibu ambil plain dan coklat.
Belilah assorted topping 6 pcs.
Ubi lambung. Wajib ambil ni sebab ibu suka. Pertama kali makan masa kat Hatyai.
Apa-apalah... asalkan luar rangup, lembut di dalam.
RM10 untuk 12 pcs.
Ibu tanya boleh tak beli RM5 je... kami jual set kak.. minimum RM10 😀
Taufufa organik boba.
Beli yang biasa satu RM6 dan tambah boba satu RM8.
Bila rasa tak tau apa yang keorganikan nya. Cuma ibu ada rasa susu.
Pau Abang Manis.
Pergi gerai ni ceria je. Mereka menari ikut alunan muzik.
Cendawan Carbonara RM5/1 pc.
Tak sempat rasa, bangun pagi dah habis. Tak tau sapa makan 😁
Ada lagi satu Kak Widad beli, bakso beranak RM15.
Ada 1 gerai yang panjang pelanggan beratur, Kunafa Ojen. walaupun panjang Kawi kata moving. Disebabkan Kawi pernah makan jadi dia tak teringinlah nak beli.
Ibu perasan yang datang ni kebanyakannya anak-anak muda. Mungkin iklan secara meluas di media sosial yang membuatkan mereka tertarik.
Sebelum keluar dari tapak pesta perasan gerai Abg Chaq ni. Isterinya kawan sekolah Teknik ibu. Beberapa kali jumpa Abg Chaq, itu yang perasan.
Selfie dengan Abg Chaq dan anak sebab kawan ibu tak ada masa ni, balik rumah sekejap.
Sebelum keluar sempat ibu singgah gerai Kewpie. Ada promo beli 2 botol dressing Kewpie berharga RM15 sahaja any flavour each. Kalau kat luar paling murah RM9.90 sebotol. Bila sampai rumah baru perasan mereka beri free gift berupa stainless steel garpu, sudu dan chopstick dalam pouch tu. Ehhh... seronok lah camni. 2 peket mayonaise tu dapat free bila mereka minta buat simple game. Benda senang kan.. dan takde orang masa tu. Ibu on je lah.
By jam 8 malam ibu dan Kak Widad sudah selesai beli makanan yang dikehendaki. Tak boleh berlama-lama... koyak poket nanti 😂😂
Bila balik, hitung semua apa yang dibeli... RM185. Satu malam je!
Makkkkkaihhh... main scan QR code je. Nak guna cash sayang lah pulak.
Kak Widad cakap.... sekali-sekala bu, bukan kita pergi selalu pun tempat macam ni.
Ia lah tu... cuba dia yang bayar 😬
Oh ya... bagi ibu, semua makanan yang dibeli sedap menepati citarasa.
Memang keras harga makanan kat karnival. Lagi bahaya kalau main scan je semua benda nak dibeli 😅
ReplyDeleteItu lah .. main scan je, lepas tu termenung 😬
DeleteAda selalu nampak peniaga bakar tongmo kat pasar malam/minggu
ReplyDeleteTapi tak pernah cuba try beli lagi
Bolehlah try wak.. kalau kena dengan tekak bolehlah beli lagi.
DeleteHahahahahahahaha memang lah anak2' ini yaaa. Sesekali katanya, tp yg bayar kita juga 😂.
ReplyDeleteMemang lah kak, kalo datang ke tempat seperti ini, ada banyak makanan, kalap mata dibuat. Rasa nak beli banyak semua. 😅. Dah sering terjadi di saya. Ujung2nya, tak habis 🤣.
Rasa memang nak beli semua terutama yang konon-kononnya viral. Mujur bawak seorang anak je... kalau ada ketiga-tiga pasti lagi banyak yang diorang teringinkan.
DeleteHarga tempat macam ni bila kita campu2 semua memang agak mahal juga kan?. Sekali sekala ok la kot.
ReplyDelete