Pages

Thursday, September 12, 2024

Hari Konferensi Waris-Guru-Murid Sesi 2024/2025

Pagi tadi gerak dari Tapah jam 6.30 pagi sebab nak try sampai sekolah by 10 am. In between tu adalah jalan jem sikit kat beberapa tempat. Singgah breakfast di RnR Gunung Semanggol jam 8.30 pagi.

10.15 pagi sampai ke sekolah Wafi dan ibu ayah terus daftar sebelum masuk ke dalam dewan sekolah. Abang Imi tunggu dalam kereta.

Konferensi Waris-Guru-Murid Tingkatan 1, 2 & 3 Sesi 2024/2025.
Macam-macam nama diberi. Zaman dulu² kita sebut hari sign report card je๐Ÿ˜…

Masa keluar parking tu Wafi dan kawan-kawan datang ke arah ibu ayah dengan gembiranya. Waktu tu tengah rehat. Wafi nampak kereta ibu ayah dari koridor kelas. Itu yang dia ajak BFF turun sekali.

Dari kiri Shami, Airyn, Afiqah, Pipah dan Wafi.
Shami dan Airyn je kelas sama kelas dengan Wafi.

Anak² yang ceria.

Pengetua berikan ucapan.

Pertama kali ibu ayah masuk dalam dewan utama sekolah.

Ada penyampaian Anugerah Pengetua. Untuk pelajar Tingkatan 2, top 10 pelajar yang dapat.

Wafi tak adalah dapat anugerah๐Ÿคญ. 

Lepas majlis dalam dewan jam 11.30 am, ibu bapa ke kelas anak masing² untuk sesi bicara akademik dengan guru kelas. Sepatutnya sesi tu bersama guru subjek tapi masa dalam dewan tukar pula. 

Sesi ni ibu je seorang pergi sebab Wafi dah pesan minta ibu je masuk. Alasan : kawan² semua ibu atau bapa seorang je datang. Ya Allah.... sabar je lah dengan budak ni๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

Kelas Wafi, Delphinus 2 di tingkat 1. Bolehlah ibu tengok keadaan kelas mereka.

Wafi tu baru ambil handphone dari Frau sebab nak balik bercuti. Itu yang kawan² dok kerumun sebab nak tengok IG.
Gambar ni ibu ambil masa duduk menunggu giliran.

Ibu tak ambil masa yang lama untuk berbicara dengan guru kelas. Ramai lagi yang menunggu. Lagipun guru kelas aktif dalam grup whatsapp kelas. Kalau ada soalan boleh je PM cikgu.

Gambar² bawah ni ibu ambil bila sudah selesai sesi ibu.

Meja kelas mereka susun macam tu sebab nak bagi luas masa sesi konferensi. Hari biasa susun menghadap papan putih.

Kelas Wafi ada 28 orang pelajar sahaja. Sepatutnya setiap tingkatan ada 120 orang tapi adalah yang kurang bila pelajar keluar. Hanya Form 1 je bila ada pelajar keluar akan diganti pada intake yang lain. 

Ceria.

Loker kelas. 
Setiap pelajar ada locker masing².
Rupanya terbuka macam tu, ibu ingatkan macam locker cerita orang putih siap ada kunci๐Ÿ˜…

Kalau camni kita panggil rak je lah hehe...

Locker Wafi.

Tema purple.

Prep petang Wafi dan kawan² akan prep di kelas masing² manakala prep malam di dalam bilik prep asrama.

Kalau tertinggal buku kat kelas selepas habis prep petang memang tak boleh ambik dah. Tunggulah hari esok masa kelas. 

Dah selesai di kelas, Wafi terus ke Dewan Makan ambil beg. Dah siap sedia letak di situ jadi tak perlulah panjat naik asrama. 

By 12.30 tengahari keluar dari kawasan sekolah.

Start esok 13hb, anak² sekolah Kumpulan A akan mula bercuti penggal sehingga 21hb September 2024.

Yeayyy... ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ

2 comments:

  1. tengah tak sabar juga ni nak tunggu tengahari Pia balik...
    mrsm macam tak ada sign report card,cuma ada Program rundingcara akademik utk anak yang bottom 20

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaeyyyy... Pia dah balik.
      Bagus juga ada rundingcara awal² ni. Kadang budak² ni tak dapat rentak lagi bila baru masuk F1.

      Delete