Semalam Sabtu sebelum hantar Wafi balik asrama, ibu dan Abang Imi penuhi dulu jemputan walimatul urus abang kawan Wafi, Anis. Ayah tak ikut sama kerana ada perkara yang perlu dilakukan di UUM.
Majlis diadakan di Kolej Vokasional Sungai Petani. Abang Anis ni Alumni Sains Kedah (ASSAK), bekas pelajar sekolah Wafi.
Ibu ada mesej mak² kawan Wafi yang dijemput sama untuk berjumpa di majlis tersebut.
Few times jumpa mereka. Wafi pula dah 2 kali ke rumah Afiqah bila PB.
Alya, Wafi dan Afiqah.
Tak ada pula gambar Anis bersama tapi adalah diorang berempat selfie di luar.
Biasalah tu... depan ibu behave, bila keluar dewan... kemain diorang bergembira.
Yang tengah mak Anis.
Masa ni mak Afiqah sudah beredar terlebih dahulu sebab nak uruskan barang² asrama.
Alhamdulillah.. atas jemputan beliau dapatlah ibu berjumpa mak kawan² Wafi.
Barulah ibu sedar kawan² rapat Wafi semuanya anak bongsu.
Wafi, Wafa, Alya dan Anis.
Mereka juga geng² kricket.
Cuma Pipah sahaja anak sulung dan tidak terlibat dengan kricket.
Seronok bila dapat kenal dan berjumpa mak² ni. Dapat bertukar² pandangan, bertanya tips etc demi kebaikan anak².
merapatkan ukhwah kan kak...wah kawan rapat sama anak bongsu ye..
ReplyDeleteItu lah... cuma ada yang nampak matured sikit sebab dah ada anak-anak buah. Macam Wafi masih nampak manja-manja.
Deletebila la DakPia nak jumpa geng skepala..susah nau dia nak berkawan,agaknya sebab anak tunggal jenis tak pandai nak cari kawan
ReplyDeleteKemungkinan juga.. 12 tahun rapat dengan ummi waled.
DeleteSlow-slow Afzan, insyaallah nanti adalah dia nak berkawan. Cuma belum jumpa geng yang sesuai.
Wafi pun kalau kami cakap kawan dia BFF, dia tak terima sebab dia kata dia kawan dengan ramai orang. Tapi mungkin yang ini rapat sikitlah.
Akak pun jadi keliru BFF tu apa 😅
Boleh buat whatsapp grup dah ni kak.. hehehe
ReplyDeleteAduhhh... belum sanggup lagi. Sesekali bertanya khabar boleh lah hehe... karang mak-mak nya yang terlebih-lebih 😆
DeleteManis2 semuanyaaa. Saya suka cara afiqah memakai hijab shawl. Drapery di bagian depan tuh rapii sangat 😍😍
ReplyDelete