Persiapan masak tak adalah kalut² sebab makngah Shila dah siapkan. Semua dah frozenkan. Ibu dan maksu Fatin cuma panas²kan sahaja malam dan pagi raya. Juga prep mana yang patut.
Set Nasi Khao Mok ni maksu Fatin masak. Ada rasa nasi biryani. Makan dengan ayam goreng berempah dan sos Thai. Patut makan dengan bawang goreng tapi lupa nak beli.
Lepas khutbah raya, diadakan pula tahlil. Ibu dan Wafi tunggu dalam kereta. Sebelum balik singgah sebentar kubur maktok.
Sampai rumah makan lagi😅, sesi bermaaf²an dan beri duit raya. Kemudian beraya di rumah jiran sebelah, Tokman. Terima kunjungan Toklang pula. Juga anak² jiran kampung yang datang beraya.
Bila semua dah balik, rehat² je di rumah. Petang pulak hujan, memang semua ambil kesempatan tidur.
2 family je sebab Makngah Shila beraya di Kelantan. Insyaallah nanti² boleh ambil gambar 3 family bersama Tokwan.