Pages

Thursday, March 27, 2025

Juadah Berbuka dan Sahur

Petang tadi Wafi sampai rumah 5 minit selepas azan Maghrib. Abang Imi jemput dari KTM Sungai Buloh. Seminggulah cuti sekolahnya. 

Ibu dah pesan pada Kak Widad masakkan asam pedas ikan pari kegemaran Wafi. Sayur hijau tak ada, jadi kakak gorengkan cendawan. Habiskan stok yang ada nanti balik dari kampung baru beli sayur. Ayam dan ikan masih ada. 

Ibu topup sate daging dan ayam percik.

Kalau hari biasa juadah berbuka sekadar sejenis lauk dan sayur. Kadang Kak Widad buat kuih. Kalau sempat ibu balik berbuka bolehlah beli kuih itu pun tepung pelita sebab senang drive thru. Ibu malas nak ke bazar atau gerai² tepi jalan. Tak rajin nak cari parking dan berjalan🤭

Air takde yang fancy pun. Biasa ibu dan Kak Widad minum air kosong. Lebihan teh-o masa sahur masuk dalam peti sejuk, jadi bolehlah Bami minum sejuk². Masing² malas nak ke bazar cari air. Ayah plak jarang berbuka kat rumah. Biasa buka dulu kat area tempat kerja jadi bolehlah terus terawih sebelum balik rumah. 

Masa weekend je lah dapat makan macam² kat rumah nenek. Pilihan air ibu pasti Indocafe nenek. Ibu tak ambil air sejuk tapi tak taulah kenapa dapat batuk pulak.

Rezeki hari ni, ayah bawa balik nasi Arab dari Taj Hadramawt. Ayah kata restoren famous... ooo mesti sedap tu. Masing² pun masih kenyang jadi ibu masuk dalam peti sejuk. Juga sebekas kurma. Premium lah tu sebab kemain besar dan panjang. Nasi Arab dan kurma dari IIUM Holding.

Tadi Kawi masak nasi lebih minta ibu buatkan nasi goreng untuk sahur esok. Nasi goreng ni 2 hari lepas. Rasanya dah banyak kali buat nasi goreng. Anak² nak nasi goreng ringkas je jadi ibu hanya guna bawang putih, bawang merah, cili padi, belacan, garam dan secukup rasa. Gorengkan telur mata setiap orang. 

Untuk sahur memang ibu masak baru. Tak ada nak perangat lauk sebab tak akan ada lauk atau sayur lebih. Dah pesan pada Kak Widad masak juadah berbuka cukup² je untuk 3-4 orang.

Selain nasi goreng atau nasi lauk masa sahur, kentang goreng pun menu harian. Anak² tak pernah jemu. Nak buat pagi² pun cepat je. Yang ini pakai tepung segera jenama Aroma. Beli kat NSK. Kak Widad yang suggest sebab kat Ganu tempat Kawi beli goreng-gorengan guna jenama tersebut. Sedap dan cukup rasanya. 

Untuk sahur ibu jarang ambil nasi. Biasa ambil kurma dan susu sahaja. Kalau ada gorengan pagi macam kentang goreng atau kuih frozen macam popiah baru ibu makan.

Esok hari terakhir bekerja sebelum company ibu shut down seminggu. Esok juga last day audit. Sebulan ni huru-hara sikit hidup ibu😅
2 minggu awal kerja² closing dan 2 minggu kemudian audit. 

Kesihatan plak terjejas sikit bila tak cukup rehat. Itu yang betul² tak ada mood nak update blog dan BW. Hari ni panjang sikitlah tulis bila keadaan semakin baik dan kerja di ofis sudah hampir selesai. Cuma tak bestnya masuk kerja nanti dah kena buat closing bulan Mac pula. hurmmm... never ending story😬😬😬

Persiapan raya pun sekadarnya. Mujur ada Kawi bantu buatkan kuih raya. Ada few yang ibu beli je. Esok Jumaat bolehlah Kawi bawa Wafi carikan tudung yang dia nak. Harap dapatlah. Karang muncung dibuatnya😎

Insyaallah esok malam gerak ke utara. Wafi kata... kita baru je sampai.. ye lah.. ibu pun tak terfikir untuk Wafi balik terus ke rumah tokwan. Tiket ETS sebelum naik sekolah dah beli siap². Masa tu tak tau nak raya mana dulu. Ibu kebiasaanya ikut ayah je. Kalau Kedah dulu pun tak apa sebab memang dah duduk dekat dengan nenek. Cuma anak² kalau boleh nak raya sini dulu sebab sepupu ramai kat sini.

Buat kawan² ibu yang akan pulang ke kampung halaman ... berhati² di jalan raya dan stay safe🥰

 

10 comments:

  1. Ammi pula jarang masak sahur sbb husband mmg masak lebih juadah berbuka. Kalau betul2 habis barulah ammi buat yg simple di pagi hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang senang kan ammi... akak kalau tak masak untuk sahur rasa agak bersalah sebab kak widad dah masak berbuka. Itupun kadang² akak bangun jam 4 am, Kak Widad dah siap hidang😁.

      Delete
  2. Dah balik dah anak solehah tu ye...
    Nanti kita jumpa kot hiway la Kak hihi ..
    Semoga dipermudahkan urusan dan selamat semuanya 🤲🏻🤲🏻🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. geng menghadap jammed😁
      Semoga perjalanan balik PH dan keluarga Allah permudahkan juga.

      Delete
  3. balik utara ye kak raya ni...moga selamat semuanya...
    selamat hari raya kak... maaf zahir batin salah silap terkasar bahasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Afzan.. kami balik utara.
      Selamat Hari Raya juga buat Afzan sekeluarga dan maaf zahir dan batin.

      Delete
  4. Selamat menjamu selera. Besar betul ayam nasi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah BK... asben kata itu set solo.. makaihĥhh.. ayam 1/2 ekor. Tu boleh makan 2-3 orang lauknya.

      Delete
  5. Alhamdulillah... Ada kak widad.. Bagus nya kak widad.. Dulu linda masa zaman anak dara, tak boleh harap pun utk memasak... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ada kakak² kot Linda.
      Ni dia memang suka masak. Ibu yang jadi malas sekarang.

      Delete