Pages

Sunday, March 9, 2025

Iftar Perdana Sekolah Wafi

Ini cerita semalam...  Iftar Perdana di sekolah Wafi. Minggu ni baru sekolah keluarkan surat tentang program iftar ni. Ramai juga parents jauh yang tak dapat datang sebab ada yang baru minggu lepas hantar anak ke sekolah.

Ini kali pertama ibu join Iftar sekolah. Tahun lepas tak ada program ni sebab setiap minggu boleh PB, manakala masa Wafi Form 1, waktu tu Wafi belum register lagi. Intake 1 & 2 je dapat merasa.

Jumaat malam lepas Isyak gerak ke Tapah. Tidur dulu rumah ummi. Jam 10 am sambung perjalanan ke Sungai Petani. Slow² je lah bawa kereta sebab nak sampai on time.

Jam 3.30 pm sampai SP. Singgah dulu Amanjaya Mall sebab nak beli nasi ayam The Chicken Rice Shop.

Jam 4.30 pm beli makanan dan minuman sampingan di Bazar Ramadhan Taman Ria. Bazar Ramadhan terpanjang di Kedah. Kami pergi tak sampai pun suku jalan sebab dah dapat apa yang nak dibeli.

Jam 5.15 pm sampai dah sekolah Wafi.
Masa masuk kawasan sekolah tu terkejut gak napa banyak sampah kertas putih atas jalan. Rupa²nya depa chop tempat tulis nama.
alololo.... comelnya😁😁

Wafi minta kami pergi ke Dewan Terbuka. Sama gak... dah chop tempat.

Tu haaa... nama Wafi😃

Juadah berbuka kami. Pertama kali beli makanan luar dan bazar Ramadhan.

Jam 6 lebih tu... hujan sangatlah lebat. Siap angin dan kilat.

Tempias jugalah bila duduk di tepi.
Mujur bila masuk waktu berbuka, walaupun masih hujan tapi takde dah angin kuat.

Selain dari Dewan Terbuka, boleh juga duduk di kantin, dewan makan dan dewan anjung. Plan asalnya bolehlah duduk di dataran terbuka namun disebabkan hujan lebat itu yang duduk dalam dewan.

Ibu duduk sebelah mama Alya.

Rindulah budak seketul ni🥰🥰

Afiqah join sekali sebab family tak dapat datang. 

Duduk sebelah family Alya.

Laparlah mereka. Biasanya buka dengan minum air manis, solat Maghrib jemaah baru makan berat.

Meriah.

Curhat😫

Semoga yang baik² buat Wafi.
Naik Form 3 dengan isu yang lain pula.
Ibu doakan Wafi dapat hadapi cabaran di sekolah dengan baik 🤲

Antara kawan² baik Wafi yang banyak bantu.
Airin, Afiqah, Wafa, Pipah, Alya.. masa ni kawan yang lain masih dengan parents mereka.
Ika, Syamil, Fatini dan.....
Allahu... ada yang ibu lupa nama. Minta maaf ya anak² 🤲

Sebelum balik, ibu titipkan duit raya buat anak² ini. 


Bergambar pula dengan ayah.

Kak Widad demam sepanjang hari, sekejap je duduk kat dewan lepastu masuk dalam kereta.

By jam 9.50 pm kami gerak ke Kulim tidur semalam.
 

5 comments:

  1. Seronok la wafi dapat berbuka ibu ayah. Ramai2 camtu seronok meriah je. Kesian pulak ye yang parents tak dapat datang tu.

    ReplyDelete
  2. Bahagianya Wafi dapat iftar dengan ibu.
    Moga Kak Widad cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. Bestnya!
    Sekolah Abang In Sha Allah Nuzul Al Quran ni
    Comel la Wafi sekarang ...
    Bazar Ramadhan Taman Ria tu mmg meriah, tak larat nak jalan habis :)

    ReplyDelete
  4. Bagus betul. Siap-siap cop tempat makan.

    ReplyDelete