Ikut plan, Kak Widad cadang nak duduk rumah tokwan dalam seminggu.
Sepanjang seminggu puasa ni memamg Kak Widad yang siapkan juadah berbuka. Even sahur pun sama. Ibu hanya masak sahur hari pertama je. Hari lain jam 4 am ibu bangun nak masak, tengok² dah terhidang makanan atas meja🥰
Kuih frozen pun sama.
Seminggu sebelum puasa Kak Widad dah buat sambal ikan bilis. Ni sebelum puasa sudah habis sebekas diratah😅
- Popiah carbonara
- Popiah crab stick
- Karipap
- Tauhu begedil
- Dumpling ayam
Dumpling tu Kak Widad yang bentukkan sebab ibu buat tak cantik🤭
Minggu ni ulanglah kuih yang sama samada untuk berbuka dan sahur. Goreng pun sekadar beberapa keping sahaja. Ada juga kak Widad buat kuih onde² buah Melaka dan Kuih Pelita.
Terima kasih Kak Widad banyak bantu kerja² dapur pada masa ibu lelah menyiapkan kerja² closing akhir tahun.
Dah beberapa hari ibu berbuka puasa di ofis sekadar sahaja. Balik rumah baru makan berat.
Elok kejadian dumpling tu.
ReplyDeleteWah, macam-macam ada.
ReplyDeleteMemang tak payah kalut nak siapkan hidangan waktu berbuka dan sahur.
Saya tak mampu buat macam ni. Dalam masa 3 hari boleh habis diratah ni. 😂
ReplyDeleteDumpling tu nampak menarik. Suka dumpling juga.
ReplyDelete