Cerita Sabtu 22/3/2025.
Plannya asal uruskan HP Abang Imi di Maxis I-City Mall. Lepastu nak shopping keperluan dan baju raya untuk Kak Widad.
Urusan di Maxis sekejap je sebab register kes, hari Isnin baru customer service akan contact semula. Tukar postpaid kepada prepaid. Abang Imi kata rugi je bayar mahal bila kat rumah sendiri dan rumah sewa guna Unifi. elehh... macam lah dia bayar. Ibu bayar postpaid sebab nak mudahkan urusan ibu je terus monthly bayar guna Jompay. Terpulang lah kat Abang Imi. Lepas ni Bami kena bayar sendiri guna Apps.
Keluar dari Maxis, masuk kedai sebelah, KTS Celullar Sdn Bhd, Samsung authorised master distributor. Sebelum masuk Maxis tu sebenarnya dah nampak 😁
Saje lah nak tengok-tengok apa latest model HP Samsung.
Sekali Bami bawak ibu ke meja display model S Series.
Last ibu beli model A series tahun 2022 kat sini.
Mulalah Abang Imi dan Kak Widad racun ibu. Katanya HP ibu tu dah lama.. dah kena upgrade model yang baru. Takkan nak ambil A series lagi. ehh.. lama pun masih well performed tau. Sebelum ni dah beberapa kali lalu lalang Galaxy S25 Ultra di medsos ibu. Baru release awal Januari 2025.
Abang Imi suggest ambil Galaxy S24 Ultra jadi harganya kurang dari S25 Ultra. Galaxy S24 ni release awal tahun 2024. Lagipun dapat rebate RM1k dan diskaun sempena Hari Raya. Jadi hanya perlu bayar RM3,999. Tak tahan dengan godaan dan 'keracunan', ambillah satu (ehh.. takkan lah 2😎) ... reward diri sendiri. haaa.. camtu lah nak sedapkan hati...
Baru ibu tau hanya Samsung Galaxy Ultra yang punya design begini. Bucu lurus takde curve.
Sorry ya anak-anak... ibu masih setia pada Android hehe... belum nak join 🍎korang dan ayah 😁
Ambil Titanium Gray... pun anak-anak yang suggest.
Minta kedai buatkan data transfer semua... almost 2 jam juga jadi bolehlah kita pergi shopping dulu.
Free adaptor dan HP cover. Screen protector RM69. Minta kedai pasangkan sekali.
Segala noda di muka kelihatan 😁
Masa tunggu HP siap kami masuk kedai Tomaz. Setahu ibu sebelum ni Tomaz jual kasut dan accessories daripada kulit untuk lelaki. Rupanya sekarang dah jual kasut wanita biasa. Material biasa bukan kulit jadi harga macam Vincci. Dapatlah Kak Widad sepasang kasut kat sini.
Baju beli je kat Sogo, banyak pilihan dan cantik-cantik. Material pun elok.
Abang Imi pulak hanya mahukan sandal.. carilah kat Al-Ikhsan. Dapatlah sandal Puma yang dia suka. Bami ni kan buat ibu geram je... sandal yang ada ni dah boleh campak kat sungai.. masih juga nak pakai. Katanya dah masuk cart Shopee tapi masih tak check-out lagi. Hurmmm... Kat MrDiy pun melambak sandal, boleh je kalau nak beli. Tu dah beli... pun masih taknak dipakai, katanya sandal lama masih boleh pakai 😤
Setiap pembelian dengan nilai tertentu di i-City Mall boleh redeem hadiah di kaunter.
Setiap pembelian dengan nilai tertentu di i-City Mall boleh redeem hadiah di kaunter.
Dapatlah ibu redeem 2 glass container dan 4 sampul raya.
Cantiknya sampul. Tak nak jual ke? 😭
ReplyDeleteNak ke... nanti akak ctct BK.
DeleteTerima kasih! 😱
DeleteCie dulu2 pakai Samsung. Lama sangat dah zaman belajar tahun 2003-2004 gitu la kot yang flip. Zaman sms. Hihi
ReplyDeleteDak-dak sekarang mana mandang Samsung hahahha...
DeleteDulu akak teringin pakai yang flip... macam stylo lah kan. Lagi satu sebab terpengaruh dengan Kdrama 😛 tapi hajat tak kesampaian bila nengok harga nya yang kayangan sungguh.