Tadi sementara tunggu tren Wafi sampai SP, dapatlah ibu tidur kejap. Dah siap² kunci jam 1.30 pm. Belum sampai masa, pakcik teksi call bagitau dah arrange driver. Malam tadi dan pagi tadi mesej tak reply. Ingat kalau tak response minta Wafi ambil mana² teksi je.
Wafi cuti 3 hari sempena Awal Muharram.
Pagi ni ibu sediakan sandwich telur dan teh-o. Bekalkan juga untuk makan dalam tren. Untuk lunch makan masa sampai asrama ibu bekalkan nasi putih, sotong kicap+sayur, telur dadar dan cendawan goreng.
Hari ni bertiga je dari SB, Najlaa & Afiqah manakala Alma & Ariana dari KLS.
Alhamdulillah tren gerak dan sampai on time. Yang last masa anak² cuti Raya Haji tren delay hampir 1 jam bila ada kecurian kabel. Masa tu Wafi ibu ayah hantar. Kasihan anak² juga penumpang lain bila hal sebegini terjadi. Menyusahkan semua orang 🤬🤬
Lambatlah turun platform sebab Wafi nak beli waffle dulu. aishh.... kalut jugalah tadi padahal sampai stesen KTM jam 9.20 am. Lepak² dulu dalam kereta. Lepasni tak boleh dah buat gitu.
Ibu dan abang je hantar sebab ayah outstation ke Johor.
Alhamdulillah tren gerak dan sampai on time. Yang last masa anak² cuti Raya Haji tren delay hampir 1 jam bila ada kecurian kabel. Masa tu Wafi ibu ayah hantar. Kasihan anak² juga penumpang lain bila hal sebegini terjadi. Menyusahkan semua orang 🤬🤬
Isshh..isshhh ada pula pencuri kabel ye. Semoga selamat sampai ke destinasi.
ReplyDeleteHilang rindu wafi nak balik rumah..tapi,besar betul beg wafi untuk 3hari...hihihi...
ReplyDelete