Pages

Monday, January 9, 2012

Bila perut kekenyangan.

Malam tadi bagi wafi makan pukul 8.00 malam nasi + kari ayam.
Banyak nau dia makan.
Siangnya plak makan kek pisang beberapa ketul.
Dah makan, masa ibu baring2 tengok Masterchef, dia nenen plak.
Main sket, datang kat ibu pam susu.
Adehhh letih ibu.
Bila malam, dah tak boleh nak tido.
Gambar masa kat rumah maktok cuti hari tu

Asyik kuar masuk bilik.
Jenuh abang imi ngan ayah hantar balik kat ibu.
Sian.. takde sapa nak main dengan wafi.
Iyerlahhh nak oiii... dah pukul 10.45 malam, semua dah penat.
Ibu pun tak perasan bila wafi lena.
Terbongkang letih.
Tak bangun menyusu pulak.
Pagi dekat 7.30 baru menetek, itu pun ibu yang paksa2 bagi.
Kalau tak, mau tido lagi.
Ok gak camtu kan, kasi makan kenyang2.. malam pasti lena tido, ibu pun leh nyenyak lagi.
Tapi takleh selalu sebab takut wafi obes pulak.. eee takmo2... biar elok2 jer tumbesarannya.

Dah habis dah Master Chef Malaysia..

Tahniah pada juara Master Chef Malaysia musim yang pertama, Dr Ezani.
Seperti yang dijangkakan.
Wahidan pun beri cabaran yang hebat juga.
Ibu suka tengok dessert yang Wahidan sediakan tu. Menariks sangat.
Tapi tak de plak diorang masak secara solo. Ingatkan resepi tu diorang masak sendiri.
Baru lah ada lebih rasa keizanian dan kewahidanan nyer. hahaha bak kata Brian.
Dua2 peserta best!
Ezani, yang cool & suka senyum.
Rasanya dua bulan lebih gak siri ni ke udara.
Dengan berakhirnya Master Chef musim pertama ni maka berakhirlah juga sesi ibu menonton tv waktu malam sebab dah tak tau nak tengok citer apa.
Walau banyak channel pun ibu rasa tak banyak yang ibu suka tengok. Entahlah genre apa yang best ni.
Kalau movie ok gak tapi bukan tv3 sebab banyak sangat iklan.
tv2 ok lagi tapi tulah kalau movie pukul 10 start baek ibu tido jer...nyaman...

Sunday, January 8, 2012

Adriana juga ke sekolah

Ini budak ghemol pun dah ke sekolah sama ngan Wafi.
Ummi cakap sama bambam macam wafi dulu.
haha.. dah nama pun kazen, sepesen je la.


Gambar ni masa on d way ke Morib. Tidor je manjang ini budak cumil.
Bangun kejap2 jer.
Tak macam itu kazen yang dok bergayut jer bila celikssss....adusss..

Saturday, January 7, 2012

Dilema Rahimi


1. Pengawas SRA.
Ustazah lantik jadi pengawas lagi tahun ini tapi abang imi tak seronok sebab kalau lambat bertindak mesti kena marah. hahaha.... bang mi.. bang mi.. of course laaaa kalau lambat tanpa sebab mesti kena marah...

Award Day SRA, abang imi Tahun 1

Ibu ngan ayah pujuk gak sebab ini kan sekolah agama jadi tak banyak sangat tugas pengawas compared to SK. Abang imi bila jadi pengawas adalah rasa tanggungjawab tu. Cuba dulu lagi, kalau rasa tak mau dan tak larat sangat barulah bagitau ustazah imi tak sanggup.

2. Wakil sofbol sekolah.
Abang imi tak berapa nak sangat sebab sebelum ni ibu dah cakap takyah lah join since akan ganggu pelajaran sebab nanti imi tak boleh nak bahagikan masa. Semalam bila ada latihan sofbol, abang imi macam takmo pegi sebab cikgu ugut (chehhh... cikgu ni pun) kalau tak mau join, nanti kalau ada apa2 program sekolah budak2 ni tak boleh sertai. ewahhhh pandai2 lah cikgu ni pun. Budak2 bolehlah nak ugut2.. diorang ni ada parents lagi tau yang bagi guide. Kalau parents tak izin, cikgu tak boleh kata  apa... kan ada surat keizinan..
Award Day SK, abang imi Tahun 3

Tapi kalau latihan tu selepas waktu sekolah agama 6.00 sampai pukul 7.00 ok, takpe. Kira kuarkan peluh budak2 ni. Cuma bila waktu sesi sekolah pagi atau agama yang diambil tu yang buat ibu tak berapa setuju. Macam last year banyak masa ambik waktu kelas walaupun masa tu dah abis exam. Bila tanya abang imi kertas peksa yang cikgu dah semak, kata tak masuk kelas. adehhhh.... pegila cari cikgu hohoho....

Ayah plak still bagi galakkan kat abang imi. At least join satu sukan (oh yerrr.... 1 murid 1 sukan).
Abang imi plak takut nak tanya ayah... soh ibu slow talk ngan ayah, jangan cakap imi yang suruh.. ermmmm..
ayah ooo ayah.... please.....

Abang mi : ibu letak gambar2 masa ambik hadiah dulu... ibu rindu la nak pegi lagi, cam dah lama jer abang imi tak ambik hadiah kan.. kan..

Friday, January 6, 2012

Sudah baca ....

Novel melayu : Pilihan Mama

Aku dalam citer ni lelaki.
Ibu letakkan diri watak Aiman sebagai abang imi lah hehehe....
Susah sangat si Aiman ni nak dapat calon isteri.
Macam2 kaedah dibuatnya. Semua wanita yang dia jumpa kira cam tak ngam lah.
Watak Aiman ni baik, bertanggungjawab, berkarier dan berjaya.
Mak dia geramla bila dapat tau wanita2 yang cuba ambik kesempatan ke atas Aiman walaupun Aiman ni wat derkk jer.
Jadi mak dia jodohkan dia dengan anak kawan baik yang lama gak tak jumpa sebab duduk overseas.
Aisyah jadi tunangan nya yang dia sendiri tak nak ambik tau walaupun mak dia dah siap bagi gambar lagi.
Di masa yang sama, si Aiman ni terpikat plak ngan Adila, staff baru kat HR kompeni dia.
Dah ada skandal baru plak. Banyak la citer dia.
Tapi Aiman terpaksa kawin gak ngan pilihan mak dia.
Bila nak akad tu baru tau yang Aisyah tu adalah Adila.
Si Adila ni memang tau dah yang Aiman tu tunang dia tapi tak bagitau la kat si Aiman tu sebab dia rasa Aiman tu cam tak minat kat Aisyah.
Lepas akad, si Aiman kena pegi Switzerland plak, 3 mth course. Kira nikah gantung la diorang ni.
Sebulan yang akhir, Adila Aisyah gi gak Switzerland attend course.
Balik ke Malaysia citer dia happy2 jer..
Dapat anak kembar kalau tak silap.
Adila plak meninggal sebab kemalangan.
Dah.. mak Aiman jodohkan plak ngan sorang doktor ni. Doktor ni baik ngan Adila, mak Aiman & mak Adila tapi ada penyakit genetik.
Jantung & hati Adila didermakan pada doktor ni tapi Aiman tak tau sebab beberapa bulan jugak dia ni kira macam sasau la.
Aiman kawin ngan doktor ni sebab kesiankan anak2 dia yang sangat rapat ngan doktor ni dan pilihan mak dia.
Lama gak baru dia terima doktor ni dengan perasaan kasih seorang suami.
Doktor ni plak tak memaksa sebab dia faham Adila kan kira kekasih hati pertama Aiman.
Ending dia happy2 jer.

Thursday, January 5, 2012

Hari pertama sekolah sesi 2012 dan ibu yang diperintah cuti

Kedatangan hari pertama sekolah 2012 yang ditunggu2.
Malam sebelum tu kakak widad takleh tido.. excited kununnya.
Pagi2 bangun awal.. ekceli takde la awal mana. 6.15 ibu gerakkan anak2.
Semua bangkit dengan penuh semangat waja hahaha..

Sarapan pagi nasi goreng 'malas'. Takde bawang takde sayur dan tempura ayam.
Abang imi makan dengan selera.. cam biasa.
Kakak widad makan sket jer.. sibuk ngan uniform dia.. ada jer yang tak kena... hurmmm patutla tahun lepas nenek ina jadi orang yang paling penyabar melayan kerenah kakak widad dan uniformnya.

Belum pukul 7 pagi dah gerak.. cepatnya.
Abang imi cakap 7.10 dah masuk.. yer ker.
Takpe 1st day boleh pilih tempat duduk yang strategik.
Ibu cakap duduk barisan tengah row depan2.
Tapi biasalah... cikgu akan pindah2 ikut keperluan.. yang tinggi, yang rendah, yang main2, yang selalu khayal dan macam2 kaedah...

Tinggallah ibu ngan budak cenonet wafi yang lewat bangun.
Ibu ingat nak hantar gi school gak tapi bangun pun dekat pukul 10, matahari dah naik panas, melepaklah kami berdua kat rumah.
Tapi ibu dah siapkan lunch sebelum wafi bangun. Senang sket kalau tidak maunya dia melekat kat kaki ibu. 

Dah tak tau nak buat apa. Tengahari tu ibu buat cream puff.
Resepi dari sifu CA la apalagi.
Lembut... sedap...

Sambil melayan ini budak yang asyik nak menebeng jer...
Siapkan bantal, tepuk2 soh ibu baring sebelah dia sebab nak ngempeng 'puting lembut lembik' je.

Tengahari mintak nenek ina antar abang ngan kakak balik rumah.
Pukul 2 ibu antar ke sekolah agama. Kesian pulak... takpe 1st day kan...
Petang pun ibu takmo ambik, malas la nak keluar.
Satu hari je tau ibu cuti... dah pesan kat anak2.
Lepas ni cam biasa.



Bila malam... ini wafi takmo tido lagi, padahal abang ngan kakak dah ngorok kat sebelah.
Tunggu ayah balik la tu.. ayah plak kena jaga exam UUM.
Hurmmmm pukul 12 baru sampai.
Tak jumpa gak ini budak comel ngan ayah dia.

Tuesday, January 3, 2012

Masuk kerja di tahun baru 2012

Sudah masuk tahun baru 2012.
Hari ni baru masuk kerja.
Wahhh..... semangat baru (kunun... chehhhh)
Semangat lama bawa ke tahun seterusnya haha..

Masa punch card tadi baru perasan yang 4hb, esok HR tandakan red triangle..
adehhhhh cuti lagi esok!!!
Tanya kat ofismate to confirm.
Yupppp... sempena first day cuti sekolah, cam tahun2 lepas.
Tapi yang tak bestnyer, sabtu ni our non working saturday, kena ganti plak.
Ingatkan takmo ambik cuti sebab abang imi dan kakak widad kan dah boleh berdikari, yuran, buku semua pun dah settle.
Lepak je lah kat rumah. Budak2 kasi Cik Ina settle.

Hurmmmmm.... kuli kan.. saya yang menurut perintah je lah...