Pages

Saturday, November 21, 2026

Habis Dah Setengah Hari Sabtu

Barulah ibu dapat luruskan kaki.. siap masak, kemas dapur, bersihkan diri. Belum nak makan lagi.. ingat nak layan Netflix kejap lagi.

Pagi tadi mula briskwalk jam 7 pagi, dapatlah 5km. Cuaca cerah, jam 8 pagi matahari dah naik. 

Friday, November 20, 2026

Sarapan Nasi Kerabu (tidak asli)

Hari ni Jumaat seperti biasa ibu akan ambil sarapan berat di ofis. Hari lain kebiasaannya makan biskut atau kuih.
Pilihan ibu pagi ini adalah Nasi Kerabu Ayam. Satu set ini berharga RM7
Bancuh juga Indocafe panas tanpa gula.

Rupanya selama ini nasi kerabu yang ibu makan bukan authentic Kelantan sebab accessoriesnya ada kobis juga guna pewarna biru dan bukan dari bunga telang.

Ini info yang ibu baca dari media sosial.

Nasi Kerabu Kelantan telah didaftarkan secara rasmi sebagai Cap Kolektif (Collective Mark) di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan bukannya dipatenkan secara individu. Pendaftaran ini berkuat kuasa sejak 29 Julai 2026 dan dilancarkan secara rasmi di Kota Bharu pada 17 November 2026.

Inisiatif ini dibuat melalui kerjasama MyIPO dan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) bagi melindungi keaslian, reputasi, serta meningkatkan nilai komersial makanan warisan tersebut.

Piawaian bahan asli. Pengusaha yang menggunakan cap ini wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menggunakan bahan tradisional seperti bunga telang, daun kesum, daun selom, dan bunga kantan. Penggunaan bahan moden atau gantian seperti kubis putih dan pewarna tiruan tidak dibenarkan di bawah piawaian ini.

Ibu suka taugeh dalam nasi kerabu.
Acaner tu.


Wednesday, November 18, 2026

Tak Berbaloi Nak Baiki


Masa Wafi pulang bermalam beberapa bulan lepas dia ada bagitau yang top handle luggage dia macam stuck. Tak boleh naik atau turun. Ibu cubalah godek²... sekali handle tu tertanggal😅. 
arghh... sudah.. nak taknak terpaksa lah ibu belikan luggage yang lain. Actually luggage ni elok lagi.. takde kemik.. roda pun function dengan baik dan paling penting ia ringan. Memang untuk Wafi bawa balik asrama.

Monday, November 16, 2026

Kobis Mana Lagi Sedap?

Ada satu hari ibu nak beli sayur kobis, ada seorang Chinese muda tanya kat auntie Chinese. Auntie ni tua lah.. umur nenek-nenek. Rasa Chinese muda tanya kobis bulat mana yang bagus. Auntie ni tunjuk lah kobis Cameron.
Lepas tu ibu saje lah tanya auntie ni, kenapa kobis Cameron.

Katanya kobis Cameron ni lebih manis dan rangup.

Sunday, November 15, 2026

Hadiah Top Komentator Oktober 2026 Blog Suria Amanda

Semalam petang masa otw balik dari kenduri ibu dapat notification dari J&T ada parcel sampai. Ibu dah expect ia dari SA sebab memang ibu tak ada beli barang secara online.

Sudah Hari Ahad 😩

Rasa hari ni tak ada apa nak buat jadi gigihkan lah diri briskwalk. Bila check Strava, last BW 15 Aug 26.. teruk betullah perangai 😅

Saturday, November 14, 2026

Sarapan Pagi Ini

Pagi ini buat cekodok bawang. Impromtu fikir nak buat ni sebab tepung je yang ada kat dapur. Cicah pula dengan sambal sardin. Kurang pedas pulak sardin tu.

Wednesday, November 11, 2026

Makan Malam Ayam Gepuk Artisan & Ayam Gepuk Pak Gembus

Rasanya ini beberapa minggu lepas, Abang Imi ajak dinner di Ayam Gepuk Artisan. Yang dekat dengan rumah ada di Klang Sentral dan Hillpark. Abang Imi ajak makan di Hillpark... kawasan yang baru-baru ini dilanda banjir masa hujan terlalu lebat dan air pasang.

Tuesday, November 10, 2026

Majlis Perkahwinan Di Grand Estate Ballroom, Ukay Hills

Cerita 2 minggu lepas. Dari wedding di Seremban, kami ke Ukay Hills pula untuk menyantuni jemputan perkahwinan puteri auntie Zelda dan uncle Jim. Mereka berdua unimate ibu ayah.

Monday, November 9, 2026

Wafi Balik Sarang Pagi Ini

Habis dah cuti Wafi sempena perayaan Deepavali. Pagi ni hantar je kat depan kaunter pastu Wafi turun dengan Mia. Takde tunggu tren sampai macam selalunya. Ibu, ayah dan Kawi nak ke wedding sebelah uncle Amrul.

Sunday, November 8, 2026

Majlis Tahlil & Doa Selamat Rumah Atuk Usu

Hari ini ada majlis tahlil dan doa selamat di rumah Atuk Usu. Insyaallah adik sepupu ibu, Syahir akan menikah bersama.pilihan hatinya  pada 19/12/2026 di JB. 
Itu yang Atuk Usu buat kenduri kecil²an untuk ahli keluarga sahaja. Majlis resepsi pada 2/1/2027

Saturday, November 7, 2026

Bila Ayah Masak

Tunjuk makanan yang ayah masak last 2 weeks.
Ni hari Selasa. Telur masak kicap.
Esoknya Kawi bawa ke tempat kerja, sedap katanya ayah masak.

Makan² PPS

Pagi ni ibu buat bihun goreng 2 versi pedas dan biasa. Goreng karipap frozen yang Cik Cha bagi. Family Cik Baya masih tidur rumah kami malam tadi.. Cik Cha & anak² tidur di rumah nenek.

Friday, November 6, 2026

Acara Tahunan

Hari bekerja, hujan turun 4 hari berturut-turut.. hujan yang sangat lebat dan angin . Kat rumah pulak ada bocor kat bilik Bami dan bilik Wafi. Rabu baru tukang datang tengok. Mungkin genting teralih.

Thursday, November 5, 2026

Kereta Baru...

.. tapi bukan sendiri punya😅

Tuesday, November 3, 2026

Telur Dadar Cha-om

Selalu jumpa daun petai ni kat NSK tapi tak beli sebab biasanya portion yang dijual banyak. Bila nampak dijual dalalm kuantiti yang lebih sedikit maka ibu beli lah sebungkus. Teringin nak rasa.

Sunday, November 1, 2026

Tahniah Buat Amrul & Dr. Fie

Cerita hari ini. 
Ibu, ayah dan Kak Widad menghadiri majlis perkahwinan kawan SAS ayah, uncle Amrul dan Dr. Fie di Laman Puteh by Dlia Jane, Seremban 2.