Pages

Wednesday, March 14, 2012

Air oh air.... dan signifikannya pada Wafi

Ada gangguan air dari 8 pagi ni sampai 8 pm malam esok. 36 jam.
Klang antara kawasan yang terlibat.
Semalam masa nak ambik Wafi, ummi bagitau hari ni taska tutup.
Adehhh... cuti macam tak boleh.
Jadinya terpaksalah mendivertkan Wafi ke rumah nenek.
Luckily kakak Widad ada. Cik Biela pun ada. Nenek pun ada.
Lagi satu, Adriana Zahirah, the little cousin pun ada sekali since dia satu school dengan Wafi.
Pagi ni hantar, debar jer ibu ni.
Yelah, ni first time hantar ke rumah nenek.
Wafi ni tak berapa nak ngam dengan nenek dan cik biela juga the rest of the makciks, kecuali diorang umpan dengan makanan hehehe...
Masa nak keluar rumah nenek tu, macam mencari2 si kecik tu.
Mintak kakak widad bagi toys main kat bilik.
Bila kereta gerak, keluar pulak dia dari bilik.
Sib baik tak perasan.
Harap2 baik sampai ke petang, sebab pukul 2.20 pm nanti kakak widad ke sekolah pulak.
Ya Allah, permudahkanlah urusan ku.

Tuesday, March 13, 2012

Alma, Wafi dan ayam


Persamaan yang ada pada 2 orang budak cumil ini adalah perkataan 'ayam'.
Mula2 tu masa Alma baya2 Wafi, dia dok menyebut ayam, kira macam suka arr mengajuk perkataan ayam.
Contohnya bila kita pegang pensil soh dia sebut, mesti dia sebut ayam.
Main2 lah gitu.
Sekarang ni si Wafi pulak dah menurut.. sket2 ayam.
Entah apa best sangat perkataan tu pun tak tau.
Pastu gelak2.
Tetiba ayam pulak jadi femes.

Monday, March 12, 2012

Cuti (sekolah)!

Cuti sekolah seminggu dah bermula since sabtu.
Tapinya kan... nama jer cuti sekolah tapi Bami kena gi SK dari jam 7.30 - 11.30 am.
Petang plak Bami dan Kawi ke SRA jam 2.20 - 5.30 pm.
Malam, Bami ada extra class plak.
Jadual penuh sampai hari Khamis.
Kakak Widad plak hari Khamis ibu telah cutikan sebab nak balik Kulim sempena pertunangan mak ngah.
Berdualah ngan ayah naik bas express yang bukan Sani Ekspres hehehe..
Masa nak beli tiket, ayah cakap Kakak Widad tanya kat kaunter ada tak jual tiket Sani Ekspress.
Adehhh macam2lah kakak widad nih. Sani Ekspres tak pegi Kulim lah nak oiiii..
Mentang2 lah Dato' Sani ada Wisma dan platform bas sendiri kat Klang Sentral...
Ayah dan Kak Widad balik sini Sabtu malam, ahad pagi baru sampai..
errrmmmmm... jadinya tak ke mana2 lah kita yer Wafi.. Bami.
Dok rumah jer lahhh..
Ibu kompom takleh cuti sebab minggu ni dan depan ada audit.
Ni gambar lama kat Kellie's Castle, Perak.
Tak tau nape Kakak Widad nangis merajuk.
Alalalalala..... sian.. takde sapa nak pujuk.

Saturday, March 10, 2012

Cik Baya bertunang

Hari ni cik baya telah dirisik dan ditunangkan dengan pakcik man.
 Rombongan sampai jam 11 pagi.
Alhamdulillah semua hidangan tengahari sudah siap hasil kerjasama adik beradik dan makcik2.
Wahhhhh diorang puji sambal belacan ibu. hahahahha... hantam jer, tapi memang sedap pun kekekeke...
Malam tadi sempat ibu buatkan seri muka untuk bekfes.
Ini kali keempat ibu buat alhamdulillah, hasilnya tak mengecewakan, naik jugak serinya hehehe...
Juga carrot kek untuk cik baya.

 Orang bertunang dengan versi iklan gigi.

Sebahagian dari makcik2 rawiwa.

Apalah yang disembangkan dek dua beranak nih.

Majlis tamat lebih kurang jam 1 tengahari.
Lepas semua sedara mara balik, kami lepak jer.


Friday, March 9, 2012

Abam, kakak..... jom baca buku!

Mula-mula Wafi nak pilih buku.
Buku apa yer?????

aaaaa... dah dapat, Jungle Picture.

ceh... for cameleon.
Terbalik lah Wafi....
Tengok sebelah.... e.... elegant elephant ae.. ae.. ae..

Abissss.... tutup.

Ini ibu dah betulkan...
Tarik ekor cameleon tu..kan goyang-goyang badan dia.
Cameleon tu sesumpah yerr kawan.. kawan.
Ibu kata masa kecik dulu ehhh.. tak berapa keciklah.. ibu suka tengok drama Hong Kong, Cameleon lakonan Chow Yuen Fatt.
Ini yang paling Wafi suka... aauuuuummmmmmm Tiger.
Kakak Ain takut sangat buku ni, sebab abam selalu takut-takutkan kakak Ain.
Abam tu memang.... suka sangat menyakat.
nanti Wafi sepit telinga baru tau hihihi... heppppp...

Wednesday, March 7, 2012

Adriana, Wafi dan cicak

Minggu lepas kan kami melepak kat rumah atuk.
The cousin, Adriana yang sama nursery ngan Wafi tu agak tak sihat, jadi mulut pun merengeklah.
Sementara tunggu ibu dia mandikan Adriana, diletakkan si cenonet tu depan tv.
Wafi apatah lagi... pantang... terus jer duduk sebelah Adriana sambil tepuk2 lah kunun.
Mulalah Adriana merengek-rengek.
Tetiba dengar "syyyy......aaaaa... cicakkkkkk... cicakkk....." sambil tunjuk atas.
Hahaha nak tergelak ibu bila Wafi kunun nak bagi si Adriana diam, jadi dia cakaplah cicak sebabnya kalau Wafi takmo diam, nanges..menjerit ker, kitorang cakap cicak pastu tunjuk kat syiling... pasti diam.
Pandai nau dia tiru.
Tapikan Adriana manalah tau cicak lagi... lagi merengek adalah.. yelah.. dah lah den tak sihat yang kakak wafi kacau2 sape suruh hehehe..

Sian cicak.. jadi mangsa sudah.
Tapi at least adalah benda yang Wafi takut. Senang sket nak kontrol.

Tuesday, March 6, 2012

Penyepit dan menyepit

Ohooo.. dah seminggu rupanya tak update blog.
Hari Khamis lepas ada year end stock take.
Jadinya lepas dari hari tu, sedikit bizi dan lazy dah update blog.
Next week 12hb mula audit. Adehhhh... semput mokcik.

Update pasal ECE Wafi lah.
Ini pun dari idea dari blog Watie GBOB.
Ajar Wafi guna jari untuk menyepit ala2... ketam mengajar anaknya berjalan menyepit.
Tujuannya untuk menguatkan otot-otot jari-jemari Wafi yang ghemol2 tu.
Ibu beli penyepit kayu yang ada bentuk kepala haiwan macam singa, harimau, gajah, zirafah, ladybird dsb.
Sambil belajar guna jari, belajar gak kenal haiwan.

Kena ada bekas plastik untuk sepitkan penyepit2 tu.

Tak senang tau budak kicik ni buat first time. Banyak kali gagal.
Asyik terpelanting jer.

Yeayyyyy... berjaya gak wat satu.
Kalau susah sangat, sepit jer kat telinga Bami kalau takmo dengar cakap.
Yok yok orr jer Bami. Bukan sakit pun. Aksi jer lebih.