Pages

Sunday, January 11, 2015

Perencah masakan

Dah beberapa bulan ibu gunakan teknik "nak senang, cepat, jimat dan sedap" untuk memasak sayur & lauk.
Tak perlulah nak memotong bawang, cili bagai pepagi since pagi2 kena masak untuk anak2 yang bersekolah pagi dan petang.
Juga untuk kegunaan menyediakan dinner untuk keluarga.

Gabungan cili besar, bawang merah (besar), bawang putih, belacan, garam & gula.
Alaa...macam nak buat sambal belacan tu.
Gorengkan semua dengan minyak secukupnya hingga layu.
Sejukkan seketika dan blend.
Boleh juga kalau nak bubuh air asam jawa tapi ibu tak masukkan sekali.
Cuma kalau nak makan sambal belacan baru bubuh sket.


Ni lah kejadiannya...
Boleh juga untuk menggoreng kuetiow, mee dan bihun..
Kalau nak bagi kaler bubuh lar cili giling, kicap dan apa2 yang sekutu dengannya.
Lauk2 paprik, sayur, ikan/ayam sambal pun senang.

Dalam bekas plastik tu boleh tahan seminggu lebih @ berapa kerap rajin memasak hihi...
Ibu selalu beli cili2 yang harga dia dah mark down dengan erti kata lain cili tu dan layu sket... tak tegang macam cucuk botox tu... tapi masih elok.
Beli lah dalam 3-4 bungkus dengan harga RM1.50-RM2.00 jer sebungkus.





Friday, January 9, 2015

Buku Dr. Atkins

Proses menggali ilmu Diet Atkins lagi.
Haritu ayah terjumpa buku Dr Atkins New Diet Revolution di rak buku.
Kebetulan tengah mencari ilmu kan... hikhik.. ye lah.. kunun nak diet jadi cari lah diet2 yang sesuai.

Ni kalau novel sedap gak nak membaca hehe..
Banyak info tentang cara, dos & donts, resepi, dsb.
Buku ni pun dah yellowish. Entah zaman bila plak published.. tak check plak.
Beli buku ni pun dah lama.. 26.04.2008 di Payless Warehouse Sales.. pun tak ingat yang kat mana.
2015 baru baca hahahaha...

Bila nak start nyer.. ekekeke...

Cik Cha.. ooo.. Cik Cha...

Tuesday, January 6, 2015

Tiub cuci darah tersumbat

Atuk di wad observation.
Kali ni sebab tube untuk cuci darah tersumbat.
Klinik Dialysis yang minta bawa atuk ke hospital.
Atuk kan dah delay nak buat fistula yang baru haritu.
Semoga Allah permudahkan urusan atuk.

Masuk observation room hari Isnin, tadi jam 7 pm baru dapat wad.
Itupun katil tambahan kat tengah lorong.
Harap ada katil proper untuk atuk.
Tadi ibu lawat atuk, alhamdulillah sihat.. cuma atuk akan cuci esok hari since Isnin tak dapat cuci kerana masalah tube tersumbat.

#Update : atuk discharge 09/01/2015.
Alhamdulillah.. bersempena dengan tarikh lahir yang ke 69.

Sunday, January 4, 2015

Bak kata omputih... numbers only!

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah, hari ni usia ibu masih dipanjangkan untuk menjaga amanahNya.
Semoga dengan peningkatan usia, akan bertambah lah kesabaran dan keimanan. Aamiin..

Tengahari tu kita keluar ke SCM untuk dapatkan hadiah yang ayah janjikan hehehe... juga makan2.
Cik Fatin pun join sekali sebab seminggu tu kena kuarantin di rumah kita akibat chickenpox.. dari Bami ler tu. Demam masa jaga atuk dan jangkitan chickenpox. Sama kes dengan Bami.

Susah betul nak ambil gambar Bami. Wafi so sporting!


Hamboii... ada gaya cekak pinggang tu!

Dah penat shopping2 hadiah, baru lunch di foodcourt. Wafi makan cuit sana sini. Nak telur mata, nasi dan kicap jer.. hadoii... takde orang jual nasi campur ler!
Mak sedara dan anak sedara. Dah sama besar.


Dengan Cik Fatin. Beza kami 25 tahun. Adik bongsu lah katakan...
Tudung dah bukak. Si dora kami.

Ayah order special sket untuk ibu. Lamb chop. Tapi makan pun beramai2.. seperti biasa. Dok masing2 cuit sana sini.
Ada coolstick macam ni plak. Bawah tu wafer panjang. RM3 je. Light je aiskrim ni.
Masing2 dok kekenyangan.
Tq anak2 & Incik Jln Rebung sebab raikan hari ulangtahun kelahiran yang ke 42!

Saturday, January 3, 2015

Intro Diet Atkins

Gali ilmu dulu tentang Diet Atkins.
Copy paste dari FB.

Berat ideal yang diorang post. Huhuhu... jauh lebih rendah dari yang ibu tahu selama ini.


Fasa 1.


Fasa 2.


Fasa 3.


Fasa 4.

Thursday, January 1, 2015

Melaka 2014 - Day 1

Cuti-cuti ke Melaka pada 28-30 Nov 2014.
Adventure sket sebab kami naik bas sahaja since nak duduk kat bandar Melaka jer.
Seawal jam 7.30 dah tunggu Cik Baya untuk hantar kami ke terminal bas.

Perjalanan dengan Transnasional jam 8.30 pagi di Terminal Klang Sentral. Wahhh... sharp2 jalan bas ni. I like!


Kakak Widad duduk dengan ayah. Ayah suka lah tu.. sebab tak payah drive :>


Sampai2 di terminal, cari makan dulu. Dah aim nak makan nasi bebola ayam.
Wafi dok makan chicken chop dengan nasi goreng. Sedap nasi goreng tu.
Air pilihan mereka, ais kosong je.. hihi.. keluarga hagemaru lah katakan wakakaka...

Fennix Inn.. Booking 2 bulan awal. Semalam RM146. Ada diskaun 10% since ada pakej earlybird. Jadi RM131.60 je.

Bilik kemas dan bersih tapi since ayah yang book, ambik bilik yang paling ekonomi grrrrr...
Bilik takde tingkap. Hishhhh... lemas ibu camni. Nasib baik bilik untuk tidur je. Banyak keluar. Kalau terperap dalam ni mau lemau.
Oh ya.. since kita check in sebelum jam 2 pm, maka bayar tambahan RM10 je.

Lepas rehat2, petang tu kami keluar ke town. Dok jalan dalam Pahlawan Mall.
Tak ingat kopi ni.. entah ler.. biasa jer.. cuma mahal ler secawan tu hikhikhikkk...

Queue di Taming Sari.
Suka Wafi naik ni. Ini kali kedua buat Bami & Kawi tapi tu beberapa tahun lepas la..
Apa yang dok khusyuk sangat pun tak tau.
Sembang dengan Bami la tu.
Time kat sini Wafi tengah merajuk sebab dia ingat nak naik ducktour tu. Setengah jam juga lah nak tenang kan dia. Penat barangkali. Yelah... masa kitorang rehat dalam bilik, dia dok main jer.
Belikan wisel bunyi burung tu. RM1 jer.
Siapa gebu?
SAYANGGGG kakak!
Mood dah kembali.


Susah nak ambil gambar bertiga.


Wahhhh... bulatnyer muka ibu. Napa baju tu buat ibu macam peknen jer gggrrrrrr...
Owhh.. goody bag tu dapat masa beli tiket di Taming Sari. Bagus juga konsep diorang bagi makan cookies dan air sementara tunggu naik menara.
Lepak dulu di Pahlawan Mall sebab nak tengok movie Big Hero.
Anak2 suka tengok citer ni.
Late dinner di restoren mamak area Fennix Inn.
Roti milo adalah yang terbaik. Lemak dan moist.
Tu yang anak2 cakap sebab mereka fan roti milo.

Tamat hari pertama.
Entah bila nak sambung....

Tukar angin

Kali ni kita tukar salun rambut berdekatan sekolah Wafi, Syana Beauty Saloon.
Rambut Wafi dan Kawi dah memanjang.. tak larat menengok nyer ehhh...
Salun ni bersih dan wangiii (kata Wafi).


Sejam lebih gak tunggu sebab ada customer 3 orang anak baru sampai huhu..
Takpe.. ada tv.. bawah ada kedai runcit.. kita makan kuaci, killing the time!

Muka wafi yang tension.. monyok jer.
Ika, cute sangat..owner sendiri yang potong.
Puas hati dengan servis.. teliti. Thumb up.
Boleh kunjung lagi ke sini di lain masa.