Pages

Saturday, October 10, 2026

Cerita seminggu🤓

Pagi ni flight ibu ayah ke Kuala Terengganu jam 11.20 pagi. Perjalanan 1 jam 5 minit. Minta Cik Cha hantar ke Subang Airport. Konvo Bami esok, sidang ke 2, sebelah petang. Bami hari Khamis drive sendiri ke KT. Nak kena ambil jubah dan uruskan beberapa perkara.

Breakfast di Bungkus Kaw².
Rasa sambal nasi lemak kat sini menten sedap.

Inilah laluan yang lori 10 tan merempuh 11 kereta semalam di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari. Kesan kemalangan masih ada. Laluan sama Kak Widad ulang alik ke tempat kerja.  

ETS Wafi jam 10.18 pagi. Kakak tolong hantar. Lepas hantar Wafi kakak akan ke Cheras pula attend wedding kawan dia.

Bye² sayang.

Good luck Pentaksiran Diagnostik Akademi (PDA) SBP 2026 yang akan bermula Isnin 12/10/2026

Ada Dunkin Donut baru buka sebelah Tealive. Meriah lah sikit KTM Sungai Buloh kalau lebih banyak kiosk makanan dibuka.

Pagi ni ibu bekalkan Wafi nasi putih, kangkung tumis dan ayam buttermilk. Ibu asingkan kuah. Sarapan ibu sediakan fish tofu cheese, masuk dalam air fryer je. Bungkuskan juga untuk Wafi makan dalam tren.

Semalam lepas Maghrib mereka bertiga ambil ibu di ofis. Lega sikit report yang due semalam dah setel. Yang lain tunggu ibu masuk ofis hari Selasa. Ni bawa Wafi makan di Black Canyon. Dia rindu nak makan Prawn Fried Rice. Kakak pun dah terikut² Wafi pilih menu yang sama. Dah jadi signature dish untuk diorang.

Wafi nak beli wardrobe freshener Lovely Lace. Masuk sini memang mudah teracun.

Cerita Sabtu 3/10 : Berjaya juga goreng ikan jeket style Suria Amanda.. resepi arwah Mak Pah. Sedap kombinasi kunyit dan bawang putih tu. Semoga pahala terus mengalir buat arwah atas kebaikannya. Ibu regukan dengan masak lemak bok choy+cendawan. Sambal tu ibu beli masa di Jogja.

Cerita Ahad 4/10 : Kak Widad nak cari seluar kerja. Masuk je Uniqlo.. malas nak survey tempat lain. Mujur yang dia nak ada kat situ. Sambil² tu ibu survey winter jacket juga.

Dinner terus kat Black Canyon. Sebelum balik tapau Mon Beef Roti buat kudap² malam.

Cerita Isnin 5/10 : Birthday Abang Imi yang ke 26. Ehhhh... besar dah anak ibu. Small celebration je sebab dia bukan nak makan sangat. Beli kek buat ada²😊

Selamat Hari Lahir Bami.
Terima kasih sentiasa bahagiakan ibu ayah juga adik².
Mudah²an Allah sentiasa memberkati hidup Bami.

Ibu keluar ofis lepas Maghrib. Nak cepat beli fastfood. Belikan Bami ayam panggang Bakers Cottage dan KFC untuk Widad buat buka puasa. Dah ibu sampai lewat kelaparan lah dia. Ada juga eggtart, ni ibu yang teringin.

Beli kek kombo 2 slices dari BC juga. Ibu sorang makan sikit. Yang lain tak berminat pulak.
Dah berapa hari pun masih tak luak. 

Done update blog dengan tenang di LTSAS. Masa last datang sini terganggu betul dengan hal kerja. Walau kali ni ke Ganu bukan bercuti tapi pergi dalam keadaan yang lebih tenang.

Ehhh... hari ni 10.10
BASS Nikah
Shopee ada murah?

Pagi tadi sebelum keluar rumah sempat beli buku teks BIO di Shopee RM14.90. Shipping free bila ada discount. Buku ni page belakang² takde... adoiii laaaa

14 comments:

  1. Kak Widad spesen je dengan anak2 Cie ni suka makan dengan tangan. Jarang guna sudu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih.. sepesen ya... jenis tak hirau orang pandang pelik...
      Ni ritu pekerja resto dah simpan semua cutlery sebab dah lewat jadi lambatlah nak letak sudu garpu. Kawi pulak dah lapar.. apalagi.. bedal je lah makan pakai tangan😂. Lagipun dia memang suka makan pakai tangan je. Adik dia masih sabar tunggu sudu.

      Delete
  2. Suspen betul tengok lori langgar 11 kereta baru-baru ni. Good luck Wafi untuk PDA. Sedap nampak goreng ikan jaket. Happy birthday abang imi. Moga cemerlang dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah... yang kereta² bahagian depan kalau nampak macam tak boleh buat apa.
      Aamiin² YRA, terima kasih Mulan🥰

      Delete
  3. Belated Happy Birthday Bami 🎂
    And happy graduation 🎓
    Fi hifzillah utk Wafi, Akk & ayah

    ReplyDelete
  4. Nasi lemak di bungkus kaw Kaw memang sukaaaaa saya kak 😍😍😍😍. Nanti nak makan sana lagi lah.

    Ya Allah ada korban jiwa tak tabrakan beruntun tuh? 😭😭.

    Eh pewangi yg kakak kasih untuk saya kemarin, saya nak jadikan pewangi mobil saya. Tapi karena yang lama belum habis, jadi belum saya pasang lah. Memang sedaaap wangi lovely lace ini kan 😍😍. Botol pun cantik

    Ikan digoreng pakai kunyit dan bawang putih terbayang sedaap. Apalagi makan dengan sambal. Sebenarnya kunyit dan bawang putihnya saja, aduk ke nasi pun dah sedap sangat

    Aiiiih Bami dah 26?? Saya pikir awal 20 kak. Bentar lagi dah 30 nih. Lebih tua Bami atau Widad? Selamat ulang tahun Bami... Semoga makin diberkati Allah. Dapat jodoh yang baik ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde kemalangan jiwa tapi ada 2 orang parah. Pewangi yang kakak bagi letak kat mobil tak kuat sangat ke nanti baunya... sebab kakak tak boleh letak pewangi dalam kereta.

      26 dah dia.. lahir tahun Dragon 2000😁. Aamiin... Aamiin YRA🥰

      Delete
  5. Bami sebaya dengan adik Linda yang bongsu.. budak lahir tahun 2000.. kiki

    Happy belated birthday Bami, moga berjaya dalam bidang yang diceburi.. tahniah atas majlis graduasinya..
    Boleh la ibu tenang² nak shopping.. hahaha.. berapa lama tu stay Terengganu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Linda🥰
      Tak shopping kot.. macam tak sempat je.. esok pagi balik, ambil cuti sehari je.

      Delete
  6. Terbang lg dia... Happy belated birthday Bami.. Dh nk convo.. Lama tk singgah black canyon

    ReplyDelete