Franchise ni dah 2 tahun rasanya di Setia Alam. Cik Fatin pernah bagitau tapi tak ambik port pun. Ni yang ayah dok teringin nak pergi sebab ada orang share di youtube.
Dalam tu ada barang keperluan harian seperti makanan, minuman, barang penjagaan diri. Mostly dari Jepun.
Ada sushi dan makanan yang seangkatan dengannya sebab nak sebut pun tak reti haha..
Aiskrim honey dew.. RM3
Diorang kata sedap sebab aiskrim2 ni takde lah favor sangat.
Ni yang ramai orang beratur.. Oden. Sejenis tomyam yang sedap. Kuah secukup rasa. Basic boleh pilih fish ball, fish cake dan sebagainya dengan harga RM2.80. Kemudian bolehlah add on dengan yang lain macam crab stick, fish ball, fish cake dsb dengan harga RM1.70/pc
Yang kami ambik tu RM15, makan ramai2.
Terbaik lah.. boleh repeat.
Wafi makan aiskrim green tea... adeh... tak gamak ibu nak makan. Rasa sikit je.
Muka puas hati.
Lepas tu baru dinner. Sekali dengan Bami yang baru kami jemput di Terminal Bas Shah Alam. Cuti seminggu sempena mid sem.
Pages
Saturday, September 15, 2018
Friday, September 14, 2018
Cucur Kembung Manis
Cucur Kembung Manis
Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung gandum
2. 2 SB gula
3. 2 SB susu pekat
4. 1 SK yis mauripan
5. 1/4 SK garam
6. Air (agak2 1/2 cawan)
Cara-cara
Ini versi yang senang... campurkan semua bahan di atas. Air tu bubuh sikit2. Air sebenarnya agak2 je bagi adunan sebati.. ala2 nak buat cekodok tu la.
Peram dalam sejam.
Goreng hingga perang.. minyak lebih sikit sebab adunan ni akan bergolek2 haha..
Boleh lah dihidang... makan macam tu sahaja pun dah sedap.
Nak cicah dengan sambal atau sos pun boleh.
Labels:
Main masak2
Monday, September 10, 2018
Pulau Pangkor 2018 - 3H2M Day 3
Ok.. last day.
Masa ibu update blog ni dah menuju ke Bagan Datoh.
Beli sikit kuih muih, nasi lemak dan mi goreng. Dapat pulak teh tarik, kopi dan milo panas juga horlick ice. Damaged RM20π
Pengurus di sini.
Wife beliau kot hehe..
Cadangan nya nak buat kolam renang di tengah2 chalet. Tunggu progress.. lepas ni akan up sket lah harga chalet.
Walaupun chalet ni belakang sket tapi memang puas hati.
Bersih, tekanan air kuat, air cond sejuk, staff yang ramah. Kalau nak iron boleh guna di receptionist.
Kurang sikit bila cerek tak disediakan dalam bilik dan signal tv tak jelas sangat. Reception pula 9 mlm mcm dah tutup. Jam 8 am baru ada. Tapi sebab kita pun banyak outdoor ok je lah.
Overall 4.5 *
Kami keluar kam 9.45 am
Kalau lewat sesak pula di jeti.
Teksi minta receptionist call. Teksi caj RM20. Mahal pula.. dengan alasan jauh ke belakang.. padahal pengurus dah cakap RM16 je. Geram juga.
Sampai2.. dah ada feri menunggu.. so boleh terus balik.
Parking fee ikut jam rasanya.. dari Sabtu sampai tadi RM20.
Singgah dulu beli jajan hasil laut Pangkor di kedai.
Alhamdulillah... tercapai hajat beri hadiah percutian buat Wafi sebab dapat no. 4 ujian SRA baru2 ni... haha.. saje nak menambah padahal dah plan awalπππ
Yeehaaaa... dah dekat Sungai Besar.. tak jauh lagi.
Esok ibu kerja plak.. ganti hari apa pun tak ingat.. anak2 duduk dengan ayah ya.
Tak sabar untuk percutian pantai timur pula.
πππ
Labels:
Jalan2
Sunday, September 9, 2018
Pulau Pangkor 2018 - 3H2M Day 2
Hari ke-2 jam 8 pagi si kecil dah excited. Kita breakfast dalam bilik je. Roti Gardenia dan milo panas. Cerek boleh didapati di receptionist ya.
Jam 9 pagi dah sampai pantai.
Sewa bot kecil RM60 je.. kalau ada abang Imi kena ambil bot besar. Bot besar RM120. Nanti diorang bawak lah pusing2 sekitar pulau.Kalau nak naik banana boat RM70. Sebab kami berempat... kena bayar lebih pula. Lenkali je lah π
Nak mandi laut pun mekap... jaga penampilan kekdahnya π
Si kecil dah tak sabar.
Mula2 duduk dengan ibu tapi terpaksa duduk depan sebab agak beratπ€£
Muka agak cuak juga walau ada sinyumπ
Mandi kat pulau ni extra careful sebab banyak cengkerang tajam di dasar laut. Itu yang tak lama di sini sebab Wafi nak balik mandi di Teluk Nipah.
Di pulau ni selain dari teritip ada juga gamat.. atau timun laut. Bila terpijak dalam dasar laut memang geli lah.. tu yang Wafi taknak mandi lagi kat situ. Tapi bila ayah soh pegang gamat tu boleh plak dia. Eeeiiii... masa ni memang ibu pegi jauh dari diorang.. geli geleman.
Gamat tu diorang masukkan balik dalam air.
Nak pegi snorkling pun tak jadi sebab kena naik bukit.
Jam 11 lebih mandi balik di sini. Mandi sampai puas... jam 1.15 pm baru naik. Panas weiii.. Wafi apadahal.. tu pun nak sambung sampai jam 2 pm
RM35 π£π£π£
Nak makan nasi ayam banyak yang orang tengah book. Nasi ayam rata2 RM5.50
Tu yang paling senang actually bila dah ramai sangat orang.
Makan2 dan rehat aka tido sampai jam 6 pm.
Sambung mandi laut lagi. Kali ni Wafi je mandi sampai maghrib.
Buat kudapan. Semangkuk kecil tu RM5. Kerang kecil2 je.
Sebelah tu ada lempeng pisang dan apam balik mini berharga 80 sen. Lempeng tak perasan pula harganya.
Tapi hari ni beratur panjang. Semalam sabtu tak perlu beratur. Jual dari tengahari sampai ke malam.
Ada budak seketul yang kalau boleh nak mandi lagi. Nampak tak sunset tu.
Maghrib nak oiii..
Belakang tu lah Pangkor Waterfall Resort. Jalan malam lampu terang. Tapi pic ni jam 6.15 pm gitew.
Chalet kami.
Petang tu balik tapau sekali untuk dinner. Nasi goreng kampung dan maggi goreng+telur mata. RM7 setiap satu. Mahal. Mujur rasa sedap. Lagi pulak ayah order 2 maggi tapi dapat satu. Dah kena ulang pulak.. takkan nak tunggu.. beli je maggi cup.
Tak masak pun sebab Wafi dah share nasi dengan ibu.
Jam 9 pm masing2 dah tidur. Penat seharian mandi
Labels:
Jalan2
Saturday, September 8, 2018
Pulau Pangkor 2018 - 3H2M Day 1
Plan sebulan sebelum kejadian sempena cuti 4 hari, sabtu ahad ditambah cuti sempena Hari Keputeraan DYMM dan Awal Muharram.
Seawal jam 6.50 pagi kami bertolak dari rumah. Ingat nak breakfast otw tu tapi asyik terlepas je restoren. Anak2 pula tak nak makan lagi.10.20 am sampai di jeti Lumut.
Ibu dah lapar, so brunch terus sementara menunggu feri jam 11.15 am. Anak2 ibu suap je sebab tak lapar sangat.
Tiket feri RM14 seorang pergi balik. Jadi simpan tiket tu ya. Umur 4 tahun ke bawah free. 4 - 12 tahun baru dikira tiket untuk kanak2 berharga RM5.
* rupanya ayah dah terbeli tiket Wafi dewasa.. itupun kakak yang check tiket masa balik tanya mana tiket kanak2, Wafi. Ayah salah dengar lah tu.. dah lebih bayar RM9.
Tunggu giliran naik feri.
Perjalanan hanya 30 minit sahaja. Feri akan turun dulu di jeti Sungai Pinang. Tunggu sehingga sampai jeti Pangkor.
Dari jeti ke chalet naik teksi pink RM16.
Penginapan kami pada kali ini di Pangkor Waterfall Beach Resort. Bilik yang kami duduk berharga RM200. Peak season sekarang ni. Resort ni baru 5 tahun tapi chalet yang kami duduk baru je setahun. 1 queen dan 1 single bed. Cukup untuk kami berempat.
Resort ni paling hujung .. dah dekat dengan Kem Raudhah.
Kemudahan asas mencukupi.. yang best tekanan air sangat kuat haha...
Air panas boleh didapati di kaunter resort... errr.. kaunter pun basic je. Situ boleh juga beli air minuman. Mug dan sudu boleh minta di kaunter.
Lepas check in kami jalan2 di tepi pantai sambil2 membeli juadah alas perut. Ada apam balik mini berharga 80 sen sekeping. Rasa sedap.
Jam 4 petang pegi mandi laut.
Ombak agak kuat... sampai tertolak kami ke belakang.
Air yang jernih. Pasir di Pangkor lebih kasar berbanding Langkawi.
Kids memang enjoy.
Esok baru nak gi snorkling dan naik banana boat.
Muka kena air masin..
Lepas maghrib cari makan.. tapi sebelum tu dah makan mamee cup sebab dah lapar...sejam.tunggu makanan sampai. Wafi sampai tertidur. At the end dah tak nak makan.
Balik masing2 dah penat. Tidur.
Sambung xtvt esok.
Can't wait.
Labels:
Jalan2
Sunday, September 2, 2018
Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan
Pagi ni join lagi aktiviti SAHTK.
Ada Integriti Walk. Penyertaan kurang berbanding dari Zikir Walk.
Laju je gerak. Ibu tertinggal di belakang.
Saje nak tunjuk pic ni.. 2 gadis berinteraksi guna bahasa isyarat. Comel je.
Sudah mengah.
Ada picnic Dhuha bersama Ustaz Zul Pandan dan Dr. dari SPRM bertajuk tentang Integriti.
Pihak penganjur sediakan kuih muih dan teh-0. Cik Elis bawa bekal cekodok & nugget. Ayah beli mi goreng.
Naiklah keretapi comel ni. 2 round mereka pusing sebab masa ni dah tak ramai orang.
Balik jam 10.30
Dalam kereta Wafi dah tertidur penat.
Subscribe to:
Posts (Atom)









































