Pages

Saturday, March 5, 2022

Scholar's Suites UPSI, Tanjung Malim

Haritu datang ke Tanjung Malim tak puas jalan-jalan cari makan. Ayah suggest untuk datang semula. Lantas ayah booking bilik di Scholar's Suites UPSI iaitu Pusat Latihan Hospitaliti di bawah Universitu Pendidikan Sultan Idris. Short getraway je. Pergi pun lepas jam 2 pm after ibu habis kerja.

Lobi hotel.

Kafe di situ.
Bilik termasuk 2 breakfast.

Ruang menuggu.

Suka lukisan atas tu.

Luas bilik ni.. paling ibu suka window glass tu.. luas dan boleh lihat pemandangan di luar.


Complimentary yang disediakan.

Basic amenities je disediakan.. soap, shower gel, shampoo dan conditioner.

View dari bilik. Nampak kampus UPSI.
Parking pun ample.

Hallaway.
Iron dan iron board disediakan di luar bilik.

Bilik kami di tingkat 5.

View hotel ketika malam.
Ambil gambar ketika keluar untuk dinner. 

Saudagaq Sup Junior, Tanjung Malim

Jumpa Restoren Saudagaq Sup Junior waktu singgah di Mokti's sebab kakak teringin makan aiskrim. Masa lalu tu nampak.. eh... ada restoren jual sup dan pelanggan agak ramai walau jam menunjukkan jam 4 lebih. Mesti ada sajian yang menyelerakan sehinggakan orang tak putus mengunjungi restoren ini. 

Bila tengok menu dan bau sup yang menyelerakan lantas ibu buat pesanan.
Bungkus sup special dan nasi ayam special. Boleh makan di hotel nanti.

Buat pesanan sebelum masuk.

Nasi ayam special. Ayam juicy. Nasi lembut dan wangi.

Sup special  ni memag power lah.
Ada daging, perut, lemak dan urat keting.
Makan dengan sambal yang disediakan. 

Sedap sehingga sebelum balik singgah lagi untuk tapau tapi sup special habis jadi beli sup campur je. Nasi ayam pula terpaksa tunggu 15 minit jadi beli sahaja bihun sup.

Inilah aiskrim Mokti's yang viral.
Viral sebab guna gula apong.

Makanan Turki

Selama dua hari berlangsung Hari Terbuka Tahfiz Sulaimaniyyah. Ayah dah order siap-siap dari abi dan akan pickup sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim.

Pelajar Tahfiz juga terlibat menyediakan makanan untuk jualan.

Ayah beli 2 cup Osmanli Serbeti.
Ada rasa wangi dan berempah.

Ramai pulak abi Turki ni. Tenaga pengajar di beberapa cawangan dan datang ke sini untuk menjayakan Hari Terbuka.

Ibu nak ambil picture makanan yang kelihatan sangat lazat tapi segan lah pulak dengan budak-budak yang jaga. Jadi ambil gambar yang dibeli je.

Baklava.

Donut... kakak kata donut tadika😁😁😁

Adena kebab roti roll.
Padu rasa daging dia. Ada rasa smokey.

Adena kebab nasi mendy.

Ada satu dessert ibu dah bayar tapi terlupa ambil. Dalam perjalanan tu baru perasan ada satu biskut beintikan epal.. takpelah.. sedekah buat tahfiz.

Turki cuisine ni banyak gak guna tomato dan bawang.
Cuma kurang pedaslah bagi tekak orang Melayu.
Kita raikan perbezaan.

Mac and Cheese

Wafi mesej beritahu teringin makaroni cheese. Aiseyyyyyy... dah cakap ritu kalau nak makan apa-apa bagitau.
Dia tuntut dah😅😅

Ingat nak beli je tapi bila fikir Wafi nak yang sama ibu masak... pasti tak sukar.

Since kebanyakan bahan-bahan ada di rumah, ibu minta kakak sediakan bahan dulu. Balik nanti baru ibu masak.

Pasta sebelum bubuh topping.

Sagatkan cheddar cheese je sebab itu je yang ada. Kalau ada mozarella lagi best.

Sos putih kena banyak.

Loyang ni masuk dalam air fryer.

Terlebih perang atas tu sebab terleka tengok K-Drama🤣🤣🤣


Sebelum potong ambillah gambar banyak-banyak sebab entah bila lagi nak buat.

Tak sempat sejuk dah bubuh dalam pinggan sebab semua dah lapar.
Wafi senyum je dapat makan mac n cheese ni. Nampaklah dia puas hati.

Ni versi dah sejuk... elok je potongnya. Ibu bawa ofis dan masuk mikrowave.

Thursday, March 3, 2022

Mula Berselera


Sudah 2 hari Wafi tak selera makan. Pagi ni suku sandwic telur masuk perut. Mengadu plak perut bunyi-bunyi. Masuk anginlah tu.

Offer makanan apa nak makan, semua taknak. Even ibu pancing dengan Robux tak jalan gak🤣 Offer plak Iphone.... takmo.. lega ibu hahahhahah (edited : masa sembang-sembang ibu tanyakan pasal Iphone tu.. Wafi kata dah screenshort.. tak boleh tarik balik. PITAMMM)

Bila offer kat Wafi taknak apa2, mula lah abang kakak masuk jarum. Macam-macam lah yang diorang suggest untuk bagi Wafi makan... IlaoIlao lah.. takoyaki lah.. padahal nak penuhi tekak masing-masing😂. Siap ada yang nak guna HP Wafi menyamar.. elehhh... ibu lebih dulu makan garam ya hahahaha...

Tengahari abang Imi kata Wafi teringin megi goreng. Abang buatkan mi segera Sedap. Tambah telur mata.

Bila Wafi post gambar mangkuk kosong ni ibu dan ayah gembira. 
Sedikit demi sedikit selera kembali.

Masa ibu buka ajak sekali makan.. taknak.. takde selera lagi.

Lepas ibu solat Isyak Wafi kata ada makanan kegemaran (asam pedas ikam pari) tapi takde selera.
Ibu cakap makan sikit.. nanti teringat-ingat.

Semangkuk kecil nasi, asam pedas ikan pari dan kangkung tumis.

Separuh habis dimakan.

Come on Wafi... nanti sambung ya!

Oh yaa... sebelum sampai ofis Oilylicious tadi ibu sempat belikan Takoyaki di gerai tepi jalan. Layankan je lah anak-anak nak makan.

Malam ni dah tengok handphone... kalau tak hp tu terbiar je🙃

Wednesday, March 2, 2022

Jaga Wafi

 Bila demam Wafi on and off ibu decide cuti hari ni. Sebelum jam 6 am dah mesej bos ibu🙃. Takut terlajak bangun sebab malam tadi banyak terjaga. Sponging and oiling Wafi. 

Kat rumah memang takde nak buat kerja ofis walau closing makin hampir. Semalam dah all out kat ofis. Hari ni nak take a break juga.

Manfaatkan cuti yang ada. 4 helai baju 80% siap. Bahu tak larat. Esok-esok sambung lagi.

Lunch Abang Imi beli nasi berlauk. Wafi ibu suapkan bubur nasi dan telur goreng kicap.

Dinner Kakak Widad masak nasi lemak.

Siap bungkus dengan daun pisang lagi.


Terima kasih kakak sediakan dinner.

Wafi makan satu mangkuk kecil je. Takpe lah makan sikit-sikit. Bagi tenaga.

Hari ni minum sebiji air kelapa. Minum sikit-sikit juga takut terkeluar semula.



Tuesday, March 1, 2022

Chicken Grill with Fried Rice

Semalam Kawi pesan untuk belikan bahan chicken chop. Ibu minta orang kedai potongkan ayam untuk chicken chop. Boneless gitu. Ayam pun kecil potong 4, jadi sedang elok. Tambah seekor lagi ayam potong 4 dan separuh darinya potong kecil. Dapatlah 6 bahagian untuk dibuat chicken chop.

5
Oleh kerans tak ada serbuk roti, jadilah chicken grill yang sedap dan secukup rasa. Dari malam tadi Kawi perap. 

Complete dengan mashed potato, salad dan fries. Tambahan nasi goreng ringkas.

Makan sedap. Maklumlah dah lapar. Seharian di kilang sebab ada year end stock take. 7.30 pm baru gerak dari ofis. Singgah sekejap di Pasaraya 99 beli test kit dan klinik untuk beli Paracetamol.


Sampai rumah buatkan dulu saliva test untuk Wafi. Demam nampak dah kurang. Sianh tadi makan takde selera. Kakak suapkan bubur hanya 3 sudu dijamah.

Malam makan fries je. Ayam pun ambil sepotong.

Wafi baru je makan nugget 3 ketul. Masukkan sendiri dalam air fryer. Mana yang dia teringin makan. 

Makan sikit-sikit je.

Taknak perut kosong.

Air kosong banyak minum.

 Cepat sembuh yer sayang❤❤