Jumpa Restoren Saudagaq Sup Junior waktu singgah di Mokti's sebab kakak teringin makan aiskrim. Masa lalu tu nampak.. eh... ada restoren jual sup dan pelanggan agak ramai walau jam menunjukkan jam 4 lebih. Mesti ada sajian yang menyelerakan sehinggakan orang tak putus mengunjungi restoren ini.
Bila tengok menu dan bau sup yang menyelerakan lantas ibu buat pesanan.Bungkus sup special dan nasi ayam special. Boleh makan di hotel nanti.
Buat pesanan sebelum masuk.
Nasi ayam special. Ayam juicy. Nasi lembut dan wangi.
Sup special ni memag power lah.
Ada daging, perut, lemak dan urat keting.
Makan dengan sambal yang disediakan.
Sedap sehingga sebelum balik singgah lagi untuk tapau tapi sup special habis jadi beli sup campur je. Nasi ayam pula terpaksa tunggu 15 minit jadi beli sahaja bihun sup.
Inilah aiskrim Mokti's yang viral.Viral sebab guna gula apong.
No comments:
Post a Comment