Pages

Tuesday, September 8, 2026

MAHA 2026

MAHA 2026 sudah melabuhkan tirainya Ahad lepas, tapi baru sempat nak tulis.

MAHA 2026 berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 bertempat di MAEPS, Serdang. Ia menghimpunkan pameran tentang pertanian, agro makanan, inovasi dan teknologi.

Pertama kali ibu sampai. Kalau tak datang Kajang rasanya memang takde lah kot nak sampai sini. Alang-alang berjalan kita teruskan je. Nak lah merasa pengalaman pergi pameran MAHA.

Kami google Pintu 1 terus yang menuju ke bahagian dewan.

Sejarah Ringkas Penubuhan
  • Tahun 1922: Persatuan MAHA ditubuhkan pada bulan Oktober 1922 untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian.
  • Pameran Pertamanya: Diadakan pada tahun 1923 bagi mempamerkan hasil tanaman, buah-buahan, ternakan, dan kraftangan terbaik dari seluruh Tanah Melayu.
  • Perkembangan Moden: Sejak tahun 2006, pameran ini terus dianjurkan secara tetap di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS, Serdang).
Masa sekolah kat Teknik Ipoh tahun 89/90, ibu pernah pergi sekali sebab pameran tu berdekatan dengan sekolah. Tak ingat F4 ke F5 masa pergi tu.

Kami park kereta di dataran J kalau tak silap lepastu naik bas pink. Tunggu bas tak lama tapi nak sampai ke dewan pameran adalah dalam 20 minit. Driver kata kalau tak jammed 1 minit je dah sampai. Laluan keluar dari parking dan ke tempat dewan adalah laluan yang sama, itu yang buatkan jammed dengan kereta park kiri kanan jalan lagi.

Kami terus menuju ke dewan sahaja sebab kalau nak masuk kawasan lain seperti Pavillion setiap negeri memang tak sempat.

Sebelum tu ibu dah siap-siap tukar kasut sport dulu, senang nak bergerak. Kawi memang simpan beberapa jenis kasut dalam kotak serbaguna dalam kereta.


Aktiviti sepanjang program.
Tak nampak apa yang tertulis. Nyampah ler.. pecah teruk gambar.

Pembelian pertama... jus nanas.. lega tekak.

Beli 2 ketul jagung manis. Makan kat rumah.

Geram pulak nengok nanas tergantung atas tu.. buah-buahan kiri kanan tiang.

Terbau cempedak goreng, singgah beli dulu.

Antara orkid yang dipamer dan jual.

Wafi dah lapar jadi kena cari makanan dulu.

Dia ni spesis takleh lapar.. nanti moody.
Teringin bihun sup katanya.
Dah makan baru boleh senyum.

Ibu tak ambil gambar banyak sebab bateri HP masa tu tak sampai 14%
Powerbank ada tapi tak tau kenapa takleh charge.

Jambu merah ni sedap sebab lembut. Ini yang sample.. ibu beli 4 biji. Kat rumah ayah yang kerjakan. Jambu ni takleh simpan lama sebab cepat lebam bila dah potong separuh.

Lepas makan tadi barulah masuk dewan pameran.

Senarai Dewan Pameran Utama
  • Dewan A: Menempatkan pameran utama antarabangsa seperti platform MAHA Go Global, agensi, serta pavilion negara luar.
  • Dewan B: Kawasan pempamer, agensi kerajaan, dan program perniagaan.
  • Dewan C: Ruang pameran khusus dan pelbagai aktiviti pameran agromakanan.
  • Dewan D (termasuk D2): Menempatkan reruai jualan makanan dan produk seperti Food Empire serta acara pentas utama. 
Fresh flower.




Keluar dari Dewan A, Cik Ami soh bergambar kat sini.

Bella nak bergambar dengan makngah.

Kalau tak silap ini dalam Dewan D... duduk sekejap luruskan kaki.
Kat dewan ni floor bawah menempatkan gerai jualan makanan macam food court. Masa tu kami tak lah turun sebab baru lepas makan.

Masuk sini pameran dan jualan produk makanan.
Lebih kepada jualan produk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dalam ni.
Ibu cuma beli Dubai Kunafa seketul untuk Kawi.,

Sebelum balik ibu beli jambu, manggis dan dokong sebab nampak fresh semuanya. Juga beras Jasmine  Sunwhite 1kg sebanyak 2 pack berharga RM10 sahaja.
Balik almost jam 10 malam. Ramai pulak yang beratur tunggu bas jadi kami decide jalan kaki sahaja. Penat juga lah menapak tapi sebab malam gigih lah juga.
Nak keluar dari parking ke jalan besar pun menunggu lama.

Jam 11.10 malam sampai rumah. 
Gigih ya seharian jalan.

 

No comments:

Post a Comment