Pages

Saturday, August 8, 2026

Kejadian Pagi Sabtu


Pagi ni awal sikit briskwalk sebab ada nak attend kenduri tengahari. 6.50 dah sampai park.

Friday, August 7, 2026

Makan Malam Di Hock Kee Kopitiam

Cerita hari Ahad. 
Seharian di rumah lemau betul walau pagi ibu dan Kak Widad keluar briskwalk. Petang ibu kumpulkan daun kelapa kering dan bakar. Lepastu macam tak ada apa nak buat. Tak larat nengok Netflix. Bila ayah cakap lakinkali nak ajak minum, teruslah ibu ajak keluar lepas Maghrib. 

Pilih antara Kolumpo Kopitiam atau Hock Kee Kopitiam. Ibu ajak ke Hock Kee sebab menu banyak.

Order sikit² je... kongsi, sebab malam semua tak makan banyak.

Hor Ka Sai (kopi + milo) & Teh C.

Thursday, August 6, 2026

Nampaknya Wafi Sudah Beralih Kasih

Balik PB Khamis lepas Wafi bawa mainan baru.

Tuesday, August 4, 2026

Senang Sangat Teracun

Ini lah bahayanya pengaruh rakan blogger... ehh.. bukan diorang pengaruhi ibu, tapi ibu sejenis senang teracun😅

Petai beli dari Tiktok... baca blog Sis Lin. Sebelum tu Ciknora pun ada beli kat TT, diberinya ibu sebekas.

Monday, August 3, 2026

Bertiga Tonton Spider-Man : Brand New Day

Hari yang Wafi Pulang Bermalam, Abang Imi ada suggest nak keluar satu family. Hari Jumaat je lah yang ada. Ibu tak dapat ikut sebab kerja, ayah pula walaupun Jumaat, masih ada kelas online petang tu. Jadinya mereka tiga beradik outing sama-sama.

Sebelum solat Jumaat, Abang Imi dah pesan, sampai je rumah mesti semua dah ready. Tapi dua adik perempuan ni ada yang baru nak setting spray kat muka, ada yang baru nak pakai tudung. Bersabarlah Bami... kalau ibu memang dah sergah dah, tunggu terus dalam kereta 😆. Cara tu je bagi diorang kelam kabut lepastu masuk kereta dengan mulut muncung 🤭🤭

Diorang nak tengok movie Spider-Man yang baru ditayangkan hari Khamis. Kiranya mereka tonton pada hari kedua ia ditayangkan. Beli tiket jam 3.05 petang sehari sebelum.

Lepas ofis, ibu terus ke Setia City Mall sebab nak dinner sama-sama dengan mereka. Jam 5.45 petang ibu sampai, mereka masih ada dalam panggung lagi. Sementara tunggu mereka kat tempat yang dijanjikan ibu masuk Urban Fresh dulu beli roti ikan bilis Gardenia untuk Wafi bawa balik ke asrama.

Masa ni Wafi merajuk, tu yang muka tak senyum. Mula-mula diorang bertiga nak surprise kan ibu tapi tak menjadi sebab Wafi panggil ibu dari belakang. Dah abang dan kakak cakap something yang buat dia kecil hati.

Sunday, August 2, 2026

Makan Tengahari Di Kafe Olla, Janda Baik

Dalam perjalanan balik dari Kuantan ayah suggest singgah makan di Kafe Olla yang terletak di Janda Baik.

Saturday, August 1, 2026

Habis Dah Cuti Wafi 2 Malam

Pagi ni ibu, ayah dan kakak hantar Wafi ke Stesen KTM. Kak Widad balik dari briskwalk nak tolong drive ke Sungai Buloh.