Pages

Sunday, March 16, 2014

Jambu Mawar kenangan masa kecil2 dahulu.


Jambu ni officemate bawa ke ofis. Ramai yang tak pernah tahu kewujudan jambu ni. Bila nampak jer ibu dah tau dah sebab masa kecik2 arwah nenek pernah tanam pokok jambu mawar ni. Dan biasa pun ibu makan dulu-dulu. Jambu ni bau dia wangi dan rasanya manis kalau dah masak. Kalau tak cukup masak kelat lah rasanya.

Sekarang susah lah nak dapat buah ni. Tak jumpa pulak kat pasar2. Ibu ingat nak mintak benih pokok ni lah. Chehhh... konon nak tanam.

Info
Jambu mawar alias jambu kraton adalah anggota suku jambu-jambuan atau Myrtaceae yang berasal dari Asia Tenggara , khususnya di kawasanMalesia . Dinamakan demikian kerana buah jambu ini mempunyai aroma wangi yang keras seperti mawar .
Nama-nama daerahnya di antaranya jambee iye mawar ( Ac. ), klampok arum ( Jw. ), kalampok aeng mawar ( Md. ), nyambu ermawa ( Bl. ),kembes mawar, kembes walanda, kumpasa im Baranda ( Sulut ), jambu jene mawara ( Mak. ), jambu mawaro, kupo mawar, kuputol mawar, gora mawar (aneka bahasa di Maluku ). [1]
Buah ini juga disebut Chomphu namdokmai ( Thai ), cham'-puu ( Kemboja ), tampoy ( Filipina ), rose apple atau Malabar plum ( Ingg. ). Nama ilmiahnya adalah Syzygium jambos. [2]


3 comments:

  1. eh blum jumpa tapi baru tengok buah ni.. dan baru tahu kewujudannya

    ReplyDelete
  2. wujud sejak zaman dinosour kot tapi tak sampai kat kelantan hihi...
    jambu ni sezaman dengan jambu susu gak kalau kat kampung dulu.
    jambu susu masam2 kelat, tapi yang ni manis. Kira boleh lawan jambu batu sebab yang ni lembut jer compared to jambu batu.

    ReplyDelete