Pages

Friday, February 6, 2015

Modenas MR1

Seminggu survey motorsikal.
Mencari2 yang affordable dan sesuai dengan gaya hidup kahkahkah...
2 kedai je survey harga.. yang lain tu thru internet.
Kedai yang satu tu beza sampai RM500... waahhhhh... banyak tu.

Si adik dah berkenan yang ni.
Abang dia ok je lah.. walhal dah aim CT.
Warna biru pun pilihan si abang.

Akhirnya ambik yang ni... Modenas MR1.
Motosikal rakyat katanya....
Harga tunai RM3,400.00
Tambah RM200.00 untuk Comprehensive insurance.
3 hari booking baru dapat since urusan JPJ kedai yang buat.

Dapatlah free 7 barang, 2 biji helmet, lock, kain pencuci, raincoat dan minyak performance engine.
Sekarang ni untuk ke masjid pada hari jumaat tak payah lah si abang cari kawan untuk bonceng.
Cuma sekarang ni panjang lah sket langkau nya.

Tapi yang sedih, petang tu ambik tak sampai 2 jam si adik telah jatuhkan motor sebab dia nak naik. Pijak pedal sebelah kanan.
Ayoyo... sib baik si kecik tak apa2.. Motor tu adalah calar sket kat ekzos.. ala... Bami.. rilex laaa.. tak nampak sangat pun.

Harap motor ni memberi banyak manfaat buat semua!

No comments:

Post a Comment