Pages

Sunday, February 22, 2015

Sudah berhenti breastfeeding

Walaupun tak bf Wafi secara esklusif, alhamdulillah dapat bf selama mana yang dak kecik ni mahu.
Kalau diikut dia taknak stop lagi tapi takkan lah sampai melonjong pun nak bf huhuhu...
Sebenarnya senang bf ni sebab tak perlu bangun bancuh susu di malam hari.
Juga bila kita letih, dapatlah lelapkan mata sementara anak ni bf.

Ada bermacam petua dibaca dan diberi oleh orang lain untuk stop bf anak.
Ada yang letak asam, benda pahit dll kat puting susu.
Ada yang jumpa 'orang pandai' untuk dibaca2.

Mulanya buntu gak nak buat macamana. Dulu masa Bami & Kawi, stop terus sebab campur dengan susu formula awal2. Kesian kan... kesal pun ada.
Untuk Wafi memang berazam untuk bagi je.

Rasa kelakar plak sebab tahun ni kira Wafi 5 tahun. Takkan nak bf lagi.. malu lah nanti budak bambam tu.
Few days before menjelang 2015, memang dah cakap pada Wafi, masuk tahun baru je tak boleh tetek.
Nanti ibu cakap kat cikgu.. cakap kat kawan2 yang Wafi masih tetek.
Wafi cakap jangan lah cakap... nanti kita malu.
Ok.. kalau macam tu, 01.01.2015 dah tak boleh tetek tau!

Seperti yang dititipkan... pada malam 31.12.2014 Wafi dah taknak bf.. dan otomatiknya the next day dan sampai sekarang pun takde lah dia mintak bf.
Kadang2 tu saje jer pelawa... dia dengan gelak2 cakap nak.
Pegang2 tu adalah.. tapi takde lah sampai mintak pun..
Hehehe... geli mak!

Maka, buat pertama kalinya dalam perjalanan balik kampung takde lah budak kecik bergayut sepanjang perjalanan...
Hoyayyyyyy!!!!

2 comments:

  1. hehehehe, cam susah nak caya , tapi wafi berjaya

    ReplyDelete
  2. baby dah makin besar... manja terlebih..baby..baby

    ReplyDelete