Pages

Monday, May 4, 2015

CAPD : Keperluan dalam bilik rawatan di rumah

Dikongsikan bersama keperluan yang perlu bagi pesakit yang menjalani rawatan CAPD di rumah.
Nurse & doktor akan beri penerangan apa yang perlu ada dan boleh juga rujuk di laman sesawang.
Ini berdasarkan apa yang kami lakukan.

Mula2 kena dapatkan satu bilik di rumah. Kena bersihkan dari segala kekotoran dan habuk.

Perlu pasang pendingin udara since tingkap bilik tidak boleh dibuka. Dikhuatiri habuk2 dari luar masuk ke dalam bilik.
Sinki untuk cuci tangan pesakit dan pembantu. Pemegang paip juga yang sesuai since mereka perlu menutup tap dengan siku. Tak boleh guna tangan since dikhuatiri tap tu ada kuman. Boleh juga guna sink di dapur tetapi kalau boleh yang paling dekat dengan pesakit. Untuk mengelakkan dalam perjalanan menuju pesakit ada pulak kuman yang bertandang.

Juga cecair pembasmi kuman.
Teknik membasuh tangan. Boleh di dapati di laman web. Yang ini daripada Baxter.
Nampak tak paku gajah tu.. Entah sapa lah yang pakukan hehehe... takde seni langsung kihkihkih..
Kerusi plastik, meja plastik atau stainless steel (sahaja yang boleh digunakan, jika kayu mudah untuk habuk berkumpul), kerusi plastik pembantu (warna hijau), stand dan alat penimbang.
Stand dan alat penimbang tu beli di hostpital. Mereka akan rekomenkan.


Alat penimbang berat badan juga beli dari hospital.
Alat tekanan darah, juga beli dari hospital.
Ada few items yang beli dari hospital berjumlah RM550++
Jika kurang mampu, boleh dapatkan khidmat bantuan dari kebajikan hospital.

Yang ni extra, air purifier. Seperti yang ibu blogkan sebelum ini.


Ini lah kotak2 berisi air rawatan daripada Baxter.
Mereka akan bekalkan sebulan sekali. Satu kotak berisi 6 beg air.
Ada 20 kotak semuanya.
Sehari memerlukan 4 beg air.
1-2 minggu sebelum penghantaran, pihak Baxter akan menelefon waris/pesakit untuk membuat order.

Ok, itu sahaja perkongsian kali ini.

No comments:

Post a Comment