Pages

Tuesday, May 19, 2015

Zoo Melaka 2015

Jumaat 08.05.2015, ambik cuti sebab asalnya nak ikut ayah g wat marketing dan esoknya ada program ziarah kawan di Yong Peng.
Walaupun marketing tu cancel sebab dah bagitau cik mek nak jalan2, maka kita teruskan program.
Seawal 7.30 pagi bertolak dari rumah untuk ke Zoo Melaka.
Pagi hari bekerja, makan jalan sedikit jem lah kat Meru tu tapi alhamdulillah still dalam perancangan masa.
Dalam jam 10 pagi dah sampai Melaka.



 Harga tiket masuk ke Zoo Melaka.
Juga do's and dont's

Sementara menunggu ayah ambik kamera. Ishhh... sib baik parking tu tak jauh. Boleh plak tertinggal.

Kanak2 yang ceria sebab dapat bercuti... kawan2 lain semua sekolah.
Excited nak tengok zirafah.

ooo zirafah... ooo zirafah
Tingginya ooo zirafah
Kaki panjang leher panjang
Tingginya ooo zirafah

Beberapa hari sebelum tu dah pektis lagi ni balik sebab lupa.. Sib baik ibu masih ingat.. kalau tak jenuh nak skrol blog ni cari lagu. 

 Cuba cari iguana?

 Kuda dan tak ingat binatang apa tu... bau dia .... memanggggg berbau. Ke itu skunk. Tak ingat dah.


Seladang.. tanduk ngeris tu.. Siap ada yang luka.. ganas betul. Tapi bila nak masuk kandang tu, berderet2 mereka bergerak.

Ni kawasan harimau.. tau je lah harimau di siang hari... dok tido jer. 

Cubaan ayah ambik gambar harimau.
Ehhh... ada duofie2 plak hehehe...

Jumpa plak batu kura2 ni. sebenarnya ada dua kiri kanan tapi Wafi takut nak naik sorang2.. tu yang jadi double dengan kakak.

Ada gak few binatang yang kita tak pergi dekat sebab nak mengejar Bird Show.

Dari entrance nak ke tempat ni ambik masa dalam 45 minit gak ler.. yang ni Wafi dah penat.. tu yang
takmau ambik gambar kat sini. Padahal dah beria nyanyi lagu gajah. Meh ulang...

Gajah berkaki empat (gelek2)
Hidungnya sangat panjang (gelek2)
Telinga selebar daun tapi gajah tak makan orang
Kalau adik ingin tahu
Apa makanan gajah lalalalalala lalalalalala
Gajah makan tebu



Bird Show jam 11.00 am.
Tu yang berkejaran ke sini.
Sempat ambik angin, fuhhh berpeluh2 jalan.
Sampai2 sini memula Wafi tu takde mood sebab penat. Nasib baik lah burung2 tu menghiburkan hatinya.
Overall semua seronok.

Selepas habis show dan beli souvenir, kami berkejaran ke Taman Mini Malaysia pula.

No comments:

Post a Comment