Pages

Monday, June 15, 2015

2H1M - Merge Summit Boutique Hotel & jalan2 sekitar Teluk Intan


Perjalanan yang agak panjang.. seronok anak2 bila dah sampai.. tak larat duduk dalam kereta dengan cuaca yang agak panas. Hotel Merge Summit ni bersebelahan dengan Restoran Shameela Ghulam Rasul. Cari di waze pun guna nama Ghulam Rasul sebab ayah lupa nama hotel ni.. hahaha.. tu yang pusing2.

Kami ambil bilik double queen, RM168.
Bami berminat plak dengan motor antik tu.

 
Saya suka.. saya suka.. mei-mei.
Macam2 lah budak yang suka menghiburkan hati semua ni.

 

Bilik selesa untuk kami berlima.. cumanya cahaya lampu semua suram2.. di bilil air pun sama.. dengan mosaic dinding hitam.. yang ni tak berapa berkenan.
Nasib baik bilik ni bertingkap, boleh lah di selak2 langsir tu.

 
Sampai2, susun2 beg.. ibu hidangkan lunch. Ada ayam goreng, ikan masin, sambal belacan, ulam2 dan sup sayur. Juga teh tarik balance bekfes dengan sandwich di rumah. Dari rumah dah siap2 masak, sebab knowing the kids, diorang tak suka kalau kena menyinggah mana2 untuk makan.. Kalau tujuan untuk makan sahaja tak apa tapi kalau semata2 berhenti untuk makan memang akan bersuara lah mereka. Dah sebelah hotel restoren, ayah ada menapau kuah kari yang super, bergedil (rasa pelik sket sebab ada jintan) dan minuman sejuk. Habis semua makanan licin, dek kelaparan. Alhamdulillah.

Dalam jam 5.30 kami keluar jalan2 di sekitar Teluk Intan. Ada festival kraf di sebelah Menara Condong. Tengok2 je..


Si abang dan adik memang susah lah untuk di ajak bergambar. Kakak jer sporting.
Lepas tu makan gado2 di medan selera depan menara ni yang cukup femes di kalangan kaki makan.
Lepas jalan2 dan shopping2, wafi cakap nak bergado lagi... hahaha... semua gelakkan dia.. udah merajuk pulak.


Lepas solat maghrib di Masjid Teluk Intan, kami ke spot makan yang kawan ibu suggest. Restoran di tepian sungai. Sampai2 nampak kelam je tempat tu. Takpe lah.. kita cuba makanan kat situ.


Ambik sotong goreng 2 ekor, udang galah 1/2 kilo (RM35), kailan ikan masin, siakap stim, sirap sejug. Semua RM100++. Udang galah tu... ai tell u... memang fresh. Isi pejal. Tak rugi bayar mahal sket untuk dapatkan makanan yang sedap.


Dah penat berjalan.. Sampai hotel, anak2 sibuk nak bergambar kat bunga lampu ni.


Ni keesokkan paginya. Hari Sabtu. Bekfes kami bertiga di Restoran Ghulam Rasul. Cawangan ni jalan depan sket dari hotel. Kelaparan. Jam 7.30 dah bekfes. Bami ngan Kawi masih tidur masa ni.

Rehat2... sebelum teruskan destinasi seterusnya.




1 comment: