Pages

Monday, September 28, 2015

Cerita Aidil Adha dan atuk mengalami BP rendah

Hari Raya Korban @ Aidil Adha disambut pada Hari Khamis 24.09.2015
Seperti biasa tahun ni kita beraya di rumah dulu baru ke rumah atuk.
Takde lah nak beraya2 ke sana ke mari.
Sampai rumah atuk, dikhabarkan atuk dibawa ke HTAR sebab tekanan darah rendah 106/40.
Selalu bp atuk kan tinggi.
Dah beberapa hari nenek kata atuk baring letih jer dan kurang makan.
Tapi sehari sebelum raya tu jumpa atuk sopink di NSK... biasalah... atuk ni kan.. semua barang dapur beli sendiri.
Cik Biela yang bawak atuk.. terus dimasukkan ke zon merah. Masa tu dah jam 4 lebih.
Bila keadaan atuk dah setabil, dipindahkan pula ke zon kuning.
Alhamdulillah, admission ke wad pada hari tu mudah. Jam 11.40 mlm dah dapat katil.
Ini yang paling cepat dan jumlah pesakit di ER pun tak lah seramai sebelum2 ni.

Bila atuk dirawat di hospital, nenek pun kena turut serta sebab nenek yang akan tolong atuk buat CAPD.
Tekanan dah ok, air yang keluar plak kotor, tak jernih.
Lantas atuk dipindahkan ke wad CAPD. 3 malam di CAPD, dan semalam di wad 8.
Alhamdulillah, pagi ni doktor benarkan atuk balik.
Cuma air baxter tu kena campur yang berubat.

Semoga atuk dan nenek diberi kesihatan yang baik dan diberi kesembuhan.
Aamiin...

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete