Pages

Thursday, August 31, 2017

Hari Kemerdekaan ke-60

Seperti tahun-tahun sebelum ini, menjelang 31.08.2017 kami akan mengikuti perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor.
Kebiasaannya akan diadakan pada 30.08.2017 sebelah malam.
Tahun ini jatuh pada hari Rabu yang bekerja, jadi ayah bawak anak-anak dari rumah dan jemput ibu di ofis. Terus kita ke Shah Alam.
Since acara diadakan selepas Isya, maka kita makan2 dulu dan selesaikan solat2.

Ada beberapa food truck. Harga affordable.
Ni kat gerai Lipton yang sedang buat promosi.


 Mula2 lepak kat laluan tepi perarakan. Lepas tu kena pindah pula.


Kena duduk atas stage yang berbumbung.. ok lah.. ada kipas.
Kat luar lagi best macam selalu.. tapi tahun ni diorang tukar.


Ada skrin besar.


Antara jabatan-jabatan yang mengambil bahagian.
Pancaragam2 sekolah dan badan beruniform semua best2.


Si kecil ada kat depan.. takde dia nak duduk kat kerusi.. duduk atas rumput lagi best katanya.





Acara kemuncak dengan bunga api yang Masyaallah... cantik sangat.
Suasana nampak meriah dan cerah..
Semua orang teruja.



Salam Kemerdekaan.
Semoga jiwa dan hati kita juga merdeka dari belenggu anasir2 jahat.



No comments:

Post a Comment