Pages

Tuesday, October 17, 2017

Ini kasut siapa?


Malam masa nak susun kasut terpikir... apesal lah kasut wafi ni kotor sangat.
Belek2 lama.. hujan pun tidak.. takde lecak.
Bila tenung lama2... laaaaa ini bukan kasut wafi.
Kasut wafi baru sebulan ibu tukarkan yang baru sebab yang lama dah tak ummphhh..
Ini mesti kes tertukar sebab siangnya wafi ada join aktiviti mandi kolam di sekolah sempena Hari Usahawan.
Kasut ni plak besar sedikit.

Malam tu gigih whatsapp cikgu minta tolong tanyakan kat kawan2 sekelas kot ada yang tertukar.
Memang tak tulis nama since dah nak akhir tahun kan... masa awal tahun memang tulis nama di kasut.
Tengahari tu cikgu balas takde yang tertukar..
Means tertukar dengan murid bukan kelas wafi lah ni..

Takpelah... dah bukan rezeki wafi.
Ingat awal tahun depan tak perlu lah beli kasut.. jimat.
Cuma... heheh.. terdetik gak kat kepala.. mak murid tu tak perasan ke kasut anak dia baru haha..

ok.. ok... redho.

No comments:

Post a Comment