Pages

Wednesday, October 18, 2017

Semalam di E&O Kuala Lumpur

Belek2 album dalam PC di rumah.. rupanya ada entry yang tak up lagi. Adoiii... banyak sangat album.. ada di pc ofis, di hard disk, hp dll.. jenuh nak ingat mana save pictures.
Ini kesinambungan dari jalan2 di Tugu Peringatan Negara di sini dan Pusat Kesenian Islam di sini.
Habis buat lawatan di Pusat Kesenian tu, kita makan aka piknik di taman. 

Cool dalam ni.

 Bami entah di mana.. jalan depan kot cari port.

Perut lapar.... ada masak lemak cili api ayam, sayur capur, telur masin, sambal belacan dan ulam.
Ringkas je tapi bangkit selera sebab tengah lapar pun kan.

Settle semua.. kita ke E&O Apartment.. di tengah KL. yeayyyy
Cuti macam orang have2.. tapi sebenarnya ikat perut dulu beberapa bulan sebelum ke sana kihkih..

 Ruang tamu yang luas.

Ni dapur... bersih, besar dan moden.
Ada washing machine dan dryer.
Complete lah kalau duduk sini.
This time around, memang tak ada aktiviti masak2 pun sebab short vacay dan kita memang nak jalan2. Sayang kan... periuk semua kilat2 tak guna hahaha..

Gambar bilik, bilik air dan swimming pool ambik.. tapi tak ingat savekat mana. Sebab dah selalu sangat ambik pic kadang2 macam tak pe lahhh...
Lepas tu menyesal cari tak jumpa padahal ni antara apartment paling cantik dengan kemudahan moden.

Malam tu kita jalan2 di Bukit Bintang.... jalan2 means jalan kaki.
Tunggu teksi ntah.. macamana semua taknak berenti.
Jalan ok je.. sebab ramai orang.. cuma bila balik kaki dah melecet huhuhu..

Ok.. setakat ni dulu..

HAPPY DEEPAVALI
Hari ni kita cuti lepak di rumah je ye..

No comments:

Post a Comment