Rindu pada Bami.. jadi kami sekeluarga ke Tapah hari Jumaat
12.01.2018.. Pegi pun dah lewat dalam jam 9.30 malam. Takpe lah pelan2.. lama
lah sket untuk lepaskan rindu. Sampai2 dekat jam 12, masing2 tengah layan
movie. Oh ya.. nenek dah sampai petang tu dengan adik Wan. Bawak sekali Alya
dan Angah. Cuaca sangat sejuk dah beberapa hari ni. Dalam kereta pun macam nak
beku.
Paginya masing2 berkelubung lagi.. takut nak keluar dari
selimut.. 22o C… macam di Cameron Highland kalua hari biasa. Jam 8
am tu nenek dan ummi gigih keluar nak petik pakis tanjung… Kawi pun nak ikut
sebab nak rasa pengalaman petik sayur…. Ia ke?
Ko dik... tadi beria nak ikut
Nenek tak bagi ibu ikut sebab bukan nak tolong petik pun… kihkikih… semutlah.. ulat lah.. gatal lah..
Nenek dan ummi jer yang semangat petik. Sampai masuk bawah2 pokok. Kira gambar lama.
Jam 10 lebih tu ibu, ayah dan the small kids pergi ke
pasaraya TF.. pasaraya terbesar di Tapah. Ala2 econsave gitu.. cari lauk2.
Balik dah jam 11.30.. ummi pun baru sampai. Rehat2 sekejap
dan buat preparation untuk masak tengahari. Sementara tunggu masak masing2
lapar.. haaaa…. Siap masak pun dah 3 lebih.. makan2.. rehat.. Bami ajak keluar
jalan2.. Plan samada Lata Kinjang atau Ipoh jalan2.. Bami request mandi kat
Lata.. adoiii.. sejuk2 ni.. jam 5 keluar rumah.. plan juga ke Refarm Kampar..
tapi bila check tutup jam 6 pm. Maka ke Lata Kinjang je lah.. Dalam 20 min
sampai.
Tak banyak orang pun… dalam 2 family je.. yelahhh… sapa nak
mandi sejuk2 tu.. memang kulit buaya lah budak2 ni hahahaha…
Air agak deras.. kan beberapa hari lepas hujan non-stop.Tengok pun dah sejuk. Kalau di Lebuhraya Utara Selatan akan nampak air terjun ni tinggi.. ni yang bahagian bawah sekali. Memang best sapa yang suka aktiviti mandi sungai dan air terjun.
Ummi berkelubung.. angah mandi sekejap jer.. surrender.. gigil2 tak tahan sejuk.
Balik singgah makan capati. Wafi kata apesal capati tu tak rasa apa2.. kena makan dengan kuah baru ada rasa yer ..
Malam tu nenek goring ngaku/arrowhead. sedap... jumpa masa nak CNY je.. harga sekilo tengah mahal dalam RM5.29. Jumpa di TF.. besar2.. tu yang beli.
oh yaa...dapat Surat Cinta dari Majlis Daerah Tapah... rupanya parking di luar TF kena bayar.. ada kupon rupanya.. Tapah ni.. Tapah hahaha..
No comments:
Post a Comment