Ahad dah plan nak balik lepas breakfast… dalam jam 10 pagi
gitu… abang Imi tak bagi balik lagi.. lambat2 lah sikit katanya.. lepastu kami
decide mandi2 di Refarm pulak… mandi laaagi. Jam 11 am masuk dapur dulu
sediakan lunch.. takde nak bawak untuk berkelah tapi untuk balik nanti.. Kita
bawak nasi goreng dan bihun goreng breakfast nya.. juga anggur dan air.
Cukuplah untuk alas perut.
Tiket masuk : Dewasa = RM10, Kanak2 (2 - 12 tahun) = RM5
Jika bawa makanan sendiri = RM10
Buka : 9 am – 6 pm
Main entrance.. tepi jalan besar.. dari Tapah sebelah kanan.Ample parking ya.. parking free.
Anak2 tak nak bergambar.. nak masuk cepat2 je.
Susah betul nak soh Intan bergambar.
Cantikkan juntaian2 tu.
Cool... sebab masa ni cuaca sangat redup.
Tak sabra2 dah.. ni kolam bahagian atas.
Changing room dan toilet yang bersih.
Ni bahagian kanak2.. tapi yang besar pun masuk.
Main bola dulu.
Kolam ikan. Ni tak boleh mandi yer. Seriously.. nama je kolam ikan tapi tak bau hanyir pun.
Dalam ni ala2 petting zoo.. atau mini zoo.
Banyak kura2 dalam ni.
Kalau nak pengalaman menjaring ikan dan udang disediakan sewaan RM5.. lepas tu sila lah lepaskan ikan dan udang tu yer. Kalau taknak sewa.. tangkap pakai tangan kalau boleh.. cetek je.
Biri2 macam realBanyak ikan2 kecil dalam ni.
Kandang rusa.. nampak 2 ekor jer. Boleh bagi rumput.
Dulu ada kuda.. sekarang takde dah.
Arnab.
Jinaknya kambing ni.. tapi takleh lawan kat rumah ummi.
Ayam jantan dan betina.
Laluan yang teduh.
Bersih itik2 kat sini.
Burung merpati.. takmo turun ke kembangkan sayap.
Ayam mutiara.. ni ummi dan cikbiela ada bela kat rumah.
Ostrich dah togel.. sian... ada 2 ekor.
Taman sayur-sayuran dan herba.
Ni pandangan dari atas menuju ke surau.
Kemudahan surau dan tandas di bahagian atas.
Di tempat mini zoo pun ada tandas yang bersih.
Depan surau ni ada pentas, dewan terbuka dan dataran yang sesuai untuk aktiviti outdoor.
Atas tu chalet yang disediakan.. check rate di google sendiri.
Balik singgah beli madu keluaran MelyPoly.
Di mana2 pun ada replica biri2.Ni kolam di bahagian bawah.. sebelah kanan sesuai untuk dewasa.
Peta Refarm.. jenuh kalau nak pusing semua.
Angah macam biasa surrender awal.. siap tidur2 lagi.
Ni dari kamera ummi.
Kesayangan hamba.
ishhh... kena jaga budak 2 ni plak..
Air terjun masuk ke kawasan kolam mandi... memang sejukkkk..
Kolam luas.. err.. mebi tak ramai orang kot.
Ni kalau biri2 tu hidup mesti dia cakap.. Wafi.. sakit huhu..
Ibu yang tak tahan godaan pun terjun juga... ni bahagian yang dekat dengan air terjun.. memannggg sejuk.
Memang berbaloi datang sini.. ada tempat mandi manda yang
luas.. deep nya sesuai untuk peringkat lapisan.. kids lah yang suka sangat. Ada
juga petting zoo.. kecik je tapi bersih dan terjaga. Kemudahan tandas dan surau
yang disediakan. Tandas ada di beberapa tempat dan memang bersih. Puas hati.
Ehhhh… ni mesti masuk dalam kriteria ibu hehehe…
Nampak air kolam macam keruh tapi sebenarnya sangat jernih sebab
di bahagian dasar kolam hanya bersimen.. kalau ada jubin biru baru Nampak
clear.. air turun dari bukit.. sejukkk… luckily bahagian kanak2 sebelah bawah..
jadi takler sejuk sangat.. ke sebab kami datang masa suhu 22o C.
Highly recommended…Ok... cukuplah... dari jam 11.45 am to 4 pm..
Kalau ikut anak2 mamang tak puas..
Esok Isnin nakkkk... sekolah.. ibu kerja.. ayah je cuti huhuhu..
Balik.. late lunch.. siap2.. jam 5.30 bertolak balik ke Klang.
Demi Bami terchenta.. 2 hari main air..
Salam singgah dan salam kenal. Jom ler ke blog saya https://cararesepi.blogspot.my/. Klu tak kisah masukkanlah blog saya dalam senarai bloglist awak.Huhu
ReplyDelete