Pages

Monday, February 10, 2020

Makan-makan di Pulau Sabang dan Banda Aceh

Salah satu agenda nak cari tempat-tempat makan dan try makanan selain dari yang kita dah pergi masa 1st haritu. Ada yang berjaya.. ada yang kita repeat.

In flight meal.. nasi lemak Pak Nasser.

Lunch di restoren tepi jalan je (tak ingat) tapi lauk dan sayur tiada banyak pilihan sebab kami sampai pun agak lewat. Tak sempat ambil gambar dan ibu rasa harga agak mahal Rp320,000.00

Food street Kilometer Nol

Campuran rojak buah di Kilometer Nol.
Mereka letak buah rumbia.. ada rasa kelat masam. Kombinasi yang sedap.

Sedap... Rp10,000.00
Yang tergantung2 macam tasbih tu lah buah rumbia.

Dinner di Pantai Paradiso

Sate gurita.
Rasa ala2 daging dan kenyal.

Jus guava
Style kat Aceh jus diblend sekali dengan ais yang sedikit. Pure betul rasa dia.

 Megi bakso.

Kerepek melinjau.. rangup sebab nipis. Tapau lagi sebungkus.

 All time favourite... jus alpukat.

Jus jeruk.
Jangan salah order jus limau ya... nanti mereka bawakan jus limau nipis🤣🤣

 Ayam geprek.

Ayam penyet.

Ayam lembut dan rangup. Di sini takde sup kosong ya.


Breakfast di Pantai Iboih

 Nasi gurih ala nasi lemak jika di Malaysia.

 Makan tak berapa puas sebab sambal sedikit.

Bakso goreng.
Ini makanan jalanan juga. Kawi kata sedap.

Lunch di Pulau Rubiah
Kalau kat Malaysia nama kuih ni Isabella.
Ubi rebus, lenyek tambah gula, garam dan kelapa parut. Sebelum goreng salut dengan bancuhan tepung.

Ini semua Kawi beli sebab dia kan suka food hunting dan mencuba sampaikan Hendra tegur "anak akak suka makan ya".. hahahha... nak wat camno.. spesis mak dia!

Ini set lunch dah termasuk dalam pakej dolphin & snorkelling.
Ikan bakar sedap sebab terasa bau arang.. tapi 4 ekor makan 6 orang agak banyak.. kita ratah je.
Tambah lagi beli rojak buah kat sini.

Dinner di Aci Kupi Rasa

Murtabak Aceh..
Di tengah2 ada roti canai. Tepi telur dadar.
Adeh..... dalam banyak2 makan ini je yang show off sebab Kawi nak rasa juga.

Dinner di Aci Kupi Rasa tak ambil gambar sebab menu yang sama seperti 1st makan. Di tambah pula banyak stall tak buka.

Breakfast di Dhapukupi, Banda Aceh

Selain dari main dish soto ayam, kami tambah dengan kuih2 di bawah.

Bingka tepung dan bingka ubi.
Sedap. Ini tester kot nak beli sebelum balik esoknya.
3 lotak Rp100,000.00

Lupa plak nama kuih ni.

 Pulut panggang tapi di tengah tiada inti.

Timphan Aceh
Lebih kurang macam lepat jika di Malaysia.

Timphan Aceh juga

Dalam macam ni. Lembut dan manis just nice.
Sedap.

Green tea. Sampai ke Aceh minum ni dah macam kat Siam.
Sepatutnya ibu ambil kopi sebab Aceh kan terkenal dengan pengeluaran kopi tapi takut sakit kepala ibu pendamkan je huhu...

Tengahari kami skip lunch sebab masih kenyang dan nak fokus ke tempat lawatan.

Tea time di Pantai Ulee Lheue

Pelbagai variasi goreng-gorengan.
Yang unik mi megi disimpul dalam ada bakso.

Ada bakso goreng di stall Garuda (kalau tak silap) sedap.. sambal pedas.

Ada air kelapa.. tapi make sure kalau nak minum atau makan kena berdekatan dengan spot mereka jual sebab kerusi meja semua penjual yang sediakan sendiri.

Ada jagung bakar manis dan pedas.

Teh botol yang popular. Rasa pahit2 dan kurang manis.


Dinner di Restoran Mi Bardi

Nasi goreng ayam. Jauh jalan makan ni je Kawi adehhh... kat Malaysia pun banyak tapi dia kan nak rasa masakan Negara lain.

Mi Aceh Kepiting (basah)
Ada ketam dan udang.. mewah sungguh.
Boleh minta variasi goreng, basah atau berkuah.

Mi Aceh Lobster (berkuah)
Yang ni Rp80,000.00 sahaja, Cik Fatin yang order.

Jus Durian Belanda
Fuhhh.. pekat

Supper di Rex Peunayong

Kerang rebus (mata kurang besar compared 1st pergi) dan sate matang.
Jus jeruk... all time favourite juga.


Breakfast di Hotel Medan

Starter dengan buah-buahan.
Ada juga roti bakar, bubur kacang hitam dan bubur nasi.

Barisan makanan berat.
Kali ni lebih puas hati dengan varieties.

Matlamat untuk food hunting tak capai sasaran 100% sebab aktiviti penuh.
Insyaallah akan cuba di lain kali.

No comments:

Post a Comment