Pages

Sunday, November 3, 2019

Kuliner dan tempat makan di Aceh dan Pulau Sabang


Dalam entry ini adalah makanan/kuliner yang kami makan sepanjang berada di Aceh & Pulau Sabang.
Ada juga yang tak terambil fotonya sebab sudah lapar hehe..

Makan tengahari di Restoren Murah Raya

Setibanya di Pulau Sabang dan jalan2 di beberapa spot, kami minta Pak Muklis hantar ke restoren yang menyajikan masakan Aceh.

Ini pilihan kami.
Ikan bakar, sotong masak kari (2 pinggan), begedil, ikan masak asam manis cara Aceh dan sayur masakan Aceh juga. Ada lagi ayam goreng untuk Wafi tapi tiada dalam gambar.
Air pula, ibu order sirap merah dan yang lain minum air jeruk.
Air jeruk tu guna limau yang kulit agak nipis... bukan limau sunkist.
Sayur dan ikan masak cara Aceh tu sedap sebab belum pernah makan masakan sebegitu.

Total semua Rp258,000 dan ibu rasa agak pricey tapi rasa berbaloi sebab semua habis dimakan hahaaha.

Di depan restoren yang terletak di pekan Sabang.
Ibu perasan pelbagai jenis masakan ikan disediakan dan kebanyakan ikan tu dipotong2 sebab jenis ikan yang besar seperti ikan merah.
Ialah... Sabang kan pulau jadi hasil utama nelayan adalah ikan.

Kawasan sekitar bersih.
Kat kawasan ni pun banyak kedai souvenir.. kalau nak beli key chain, fridge magnet, tshirt yang berlatar belakangkan Sabang better beli di sini instead of di Banda Aceh sebab pilihan lebih banyak.


Makan malam di Aci Rasa Kupi

Sate Matang
Disediakan bersama kuah kacang, nasi dan sup.
Sup tu ada rasa manis-manis sikit.

Martabak.
Hahahah.. yang ini sangat mengejutkan. Bila sampai-sampai dan rasa Wafi cakap martabaknya macam telur dadar.
Dan ia memang telur dadar.. adehhhhh..
Ayah ada minta Wafi belikan martabak Aceh, Wafi cakap ibu boleh buat kat rumah.
Nasi ayam penyet

Ayam geprek (order 3)
Tahap kepedasan yang kedua
Memang agak pedas diorang cakap.. ibu tak rasa pun.

Jus alpokat dan jus jeruk jadi pilihan
Sedap.

Total damage Rp219,000


Buah-buahan di pekan Sabang

Singgah gerai buah di tepi jalan.


Buah salak madu.
Manis. Patut beli lebih dan bawa balik tapi takut tak lepas kastam. Rupanya ok je kalau kita masuk dalam bagasi bawah.

 Ciku besar-besar dan manis.

Terung belanda.
Pertama kali dengar dan lihat. Mungkin hanya terdapat di Indonesia.

Nenek sedang memilih buah.
Ibu beli buah salak dan avokado
Avokado murah sangat.. beli 3 biji.. mereka jual kilo
Nenek beli limau, rambutan dan ciku

Suasananya sama macam di Malaysia.
Buah-buahan lain pun sama.. oh ya... buah markisa pun ada tapi tak ambil gambar.

Sarapan di Freddie

Ini yang disediakan di Freddie.
Buffet style.
Ada juga roti bakar tapi tak ambil gambar.

Simple tapi menyelerakan.

Nasi putih.. agak sticky. Mungkin campuran beras pulut.
Wafi suka sangat makan nasi ni walau lauk agak simple.

Sambal tempe tu sedap.

Nenek berselera betul makan.

Buah terung belanda.
Banyak dijual di gerai buah sekitar Sabang.
Rasanya masam-masam.

Breakfast buffet satu kepala Rp40,000

Indomie di Pantai Gapang

Sambil-sambil tunggu Cik Hannis dan Pak Mukhlis solat jumaat, kami order indomie kuah dan french fries serta kopi hitam panas.
Oh ya... fries dia memang kentang original yang dipotong2 ya.. memang puas hati. Portion pun besar.

Sedap pulak makan di tepi pantai.


Minum petang di Pulau Rubiah

Pisang goreng cheese.
Juga air kelapa

Dah penat berenang, makan ni memang nikmat.
Cik Wada juga ada order indomie goreng.

Total damage Rp60,000

Sepatutnya kami lunch di Pantai Iboih dulu tapi sebab nak snorkeling sampai lupa pula nak makan dulu hahahha.. patutlah lepas snorkeling tu Cik Hannis lapar sangat.. dia tak makan lagi. At least kami dah alas perut di Pantai Gapang.


Makan malam di Freddie

Memang dah plan nak makan di Freddie
Balik dari snorkeling dah penat jadi nak relax2 dulu sebelum dinner.
Sebelum naik bilik dah order. Kita minta 1 jam untuk naik bilik dan bersihkan diri.
Pizza tu memang signature dish. Sedap sangat.

Fettuccini untuk Wafi tapi dia kata rasa lain sikit dari yang biasa makan sebab ada rasa manis.

Ibu order nasi goreng petai. 

Spagheti bolognaise. Ini extra order.

Nasi goreng seafood untuk Cik Hannis. Penuh seafood.
 
Ada juga sotong goreng tepung..

Fries untuk Ali.
Bukan instant ya.
 
Lamb chop order 3. Sedap tau!
 
Order jus jeruk lagi. Belum boleh move on lagi... sedap sangat.

Muka dah penat.


Itulah.... tamak. order berlebih2.
Lepas tu makan dalam keadaan yang penat. Maka berlaku pembaziran.
Makanan semua sedap... portion pun berbaloi dengan harganya.

Total damage malam tu Rp650,000

Sarapan pagi di Dhapukupi Banda Aceh

Lontong + tauhu
Sedap ni.

Wafi makan nasi gurih dengan telur mata sapi. Wafi cukup suka nasi gurih dan masih teringat-ingat katanya.. nasi ni ala2 nasi lemak tapi kombinasi nasi mereka macam ada campuran beras pulut.
Nenek makan lontong kuah sayur.
Fatin makan bakso.
Yang lain tak ingat.

Di Aceh dan Sabang, kopi atau teh disediakan dalam gelas yang comel ni.
Memang trend mereka rasanya.

Total damage Rp143,000
Pagi ni nenek belanja.


Makan tengahari di Wong Solo

Kami dibawa ke restoren Wong Solo. Ada baca review, kalau ke Aceh better cari wisata kuliner yang rakyat tempatan makan. Tapi itu nantilah jalan-jalan lain kali sebab kita kena tengok kesesuaian perut kita.

Di situ, kami pesan nasi ayam penyet dan talapia penyet.

Seriously, talapia dia sedap sangat. Memang berbeza dari Malaysia.

Total damage Rp205,000
Tengahari ni nenek belanja lagi.
Hoyayyy

Makan malam di REX Peunayong

Supir kami Ibnu ada suggestkan untuk makan mi Bardi sebab menurutnya lebih sedap walau mi Razali agak popular di kalangan tourist.
Tapi masa tu belum lapar sangat dan kami mahu membersihkan diri dan bersolat. Jadi kami decide untuk makan di wisata kuliner depan Hotel Medan je.

Sate kuah kacang. Mix ayam dan daging. Tapi daging ada satu cucuk je. Memang tak kenyang kalau makan ni je.

Sedap kerang rebus ni.. besar2 matanya. Puas hati.
Portion pun tak banyak.

Again,  jus alpukat lagi hahahaha..
Feberet ibu ni.

Nasi goreng seafood kat sini biasa-biasa je tapi memang tak boleh lawan Freddie.

Ini lah dia mi Aceh.
Kalau ini pun kami rasa sedap tak tau lah sedap macamana mi Bardi atau Razali.
Yang ini mi + kepiting.

Kepiting tu apa?
Susah pula pelayan nak explain.... cepit2.. sambil buat jari..
Owhhhh... ketam!

Kalau nak order kena beritau goreng atau berkuah.

Sampai sekarang masih teringat-ingat kesedapannya.
Lagi satu kelainan makan di situ, kerusi meja semua rendah macam kerusi malas.. kira makan untuk bersantai2 je..

Total damage Rp191,000

Sarapan di Hotel Medan

Dalam banyak-banyak wisata kuliner, di hotel yang paling rasa biasa-biasa.
Masa kami turun jam 7 am, mereka belum refill lagi sebab sebelum tu ada grup dari Kedah breakfast.

Mi goreng agak masin.
Kalau tak silap mi ni mi cermin.


Kuih ni sedap.. kalau tak silap isi keledek yang digoreng.

Yang lain-lain memang tak ambil picture. Ada juga lontong, nasi, bubur pulut hitam dan beberapa juadah yang lain.

Airport


Ini makanan agak mewah sebab makan di airport sementara tunggu boarding.
Cik Wada belanja.

1 comment:

  1. numpang promote ya min ^^
    Bosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
    hanya di D*E*W*A*P*K
    dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
    dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% :)

    ReplyDelete