Pages

Monday, May 4, 2020

#day48/56 PKP : Mula Bekerja

Hari ni badan2 kerajaan dam sektor swasta memulakan kerja seperti biasa tapi masih perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Untuk syarikat kami masih belum dibuka kecuali beberapa kakitangan yang perlu merancang dan menyediakan SOP.

Insyaallah akan beroperasi pada 13.05.2020.

Ibu hanya menunggu panggilan pada bila-bila masa.

Semoga yang bekerja hari ni sentiasa menjaga jarak sosial dan kebersihan diri.

Semalam sempat ke Puncak Alam mencari juadah berbuka. Ramai yang tidak peduli dengan social distancing. Dalam kereta melebihi 2 orang. Anak yang kecil2 dibawa keluar. Harap semua baik2 belaka.

Kuih agak mahal. Sepeket onde2 berharga RM2.50 sebab pernah buat.. rasa tak berbaloi dengan harganya. Beli satu je dan Kawi kata tak best sangat pun.

Nak buat lah tu hari ni๐Ÿคญ

No comments:

Post a Comment